Sunday, July 15, 2012

Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi



Salam di hujung minggu....


Hari ini saya buat tayangan Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Padi dengan belimbing buluh untuk menu makan tengahari. Saya cuma beli isi ikan jenahak ni sepotong saja. Agak besar juga. Since tak tahu nak gandingkan dengan apa, saya masukkan beberapa biji buah belimbing buluh.

Untuk kali ini saya buat kuah yang sedikit saja dan agak pekat. Saya tidak menggunakan bawang dalam masak lemak kali ini.


Layan gambar dulu ye....

JENAHAK MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan bahan
1 keping isi ikan jenahak - bersih dan toskan
1cm kunyit hidup
4 biji cili padi
5 biji buah belimbing buluh
100 ml santan pekat
150 ml air
Garam secukup rasa

Cara cara
1. Kukus isi ikan hingga masak. Ketepikan. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat
2. Masukkan santan pekat, air, bahan yang telah ditumbuk dan juga buah belimbing buluh ke dalam periuk.
3. Masak hingga kuah mendidih dan perasakan dengan garam.
4. Masukkan isi ikan yang telah dikukus kedalam kuah dan balik balikkan ikan supaya kuah meresap pada ikan.
5. Tutup api dan hidangkan dalam pinggan yang sesuai.


8 comments :

Amie said...

Sungguh menyelerakan dengan kuahnya yang kuning pekat! Lembut je isi ikan jenahak tu ye Hazila.

Nuridah said...

Sedapnya ikan msk cili padi tu...kalau bubuh belimbing lagi sodap kan Zila?? Kak Nur dh terliur nie....baju raya dh siap belum??Hehehe.

hazila said...

Kak amie,
Kali saya buat kuahnya sedikit pekat dan sedikit. memang lembut isi ikan ni.

hazila said...

Kak Nur,
Rasa masam masam buah belimbing tu buat menu ni lebih sedap. Baju raya belum prepare lagi, lagipun just two of us so beli yg ready made.

zila norazila said...

salam zila
kuning pekat ..nampak sedap sangat..nk join makan sama2:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ikan jenahak antara ikan yg sedap dlm senarai.. lebih sedap dari ikan merah.. ikan merah kdg kala kalau tak pandai pilih terkena ikan yg keras.. heheee... sedap gulai nih..

Pok Li said...

Assalam.
Mohon ehsan guna gambar sambal binjai di blog saya. JazakAllah Khair.

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum Hazila, pernah dulu pakcik akak beli ikan jenahak tapi terkena yg keras, tak sedap langsong. Ikan ni kena masak lama ye?