Tuesday, July 10, 2012

Kepak Ayam Goreng Berperisa



Salam,

Dah makan malam? Alhamdulillah kami dah kenyang. Makan yang simple saja. Kebetulan pulak hari ni jalan jem teruk masa nak balik rumah petang tadi. Biasanya kalau ada kemalangan atau polis buat sekatan jalanraya, memang akan jem yang agak kronik. Selalunya perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit menjadi hampir 1 jam.

Jadi hanya buat yang simple saja sebab kesuntukan masa.  Sebenarnya saya plan nak buat Kepak Ayam Goreng berperisa ni semalam, tapi atas sebab sebab tertentu terpaksa dibatalkan. Jadi ayam yang sudah siap diperap, dimasukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti ais semula.

Jadi malam ni, hanya keluarkan dari peti ais dan goreng saja.



Tengok gambar dulu ye.....



psst.... nak temankan my husband layan citer tamil, pelakonnya Kamal Hassan ke apa namanya. 

KEPAK AYAM GORENG BERPERISA

BAHAN BAHAN

3 keping kepak ayam - bersihkan dan tos
1 sudu makan halia yang telah ditumbuk
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukupnya
1 pokok daun ketumbar - ambil bahagian batang

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan batang daun ketumbar hingga hancur. Campurkan dengan halia tumbuk, garam,serbuk kunyit dan serbuk cili di dalam beg plastik.
2. Masukkan kepak ayam ke dalam beg plastik dan gaul sekata.
3. Perapkan kepak ayam tadi di dalam peti ais selama lebih kurang sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng kepak ayam hingga masak dan keperangan. Sedia dinikmati dengan sos kegemaran.
5. Untuk kali ini saya sediakan Vietnamese Dipping Sauce atau pun Nuoc Cham.

NUOC CHAM

Bahan bahan

1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
2 sudu makan sos ikan
3 sudu makan air hangat (luke warm water)
1 sudu teh perahan limau
Sedikit gula pasir
Hirisan daun ketumbar

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga hancur. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan bahan bahan yang lain.
2. Sesuaikan rasa.

13 comments :

kasihredha said...

syoknya layan cite tamil sama laling :)
ayam tu hulur le sini seketul :)

Qasey Honey said...

asslm kak Hazila...wah layan cite tamil smbil mkn kepak ayam tu ker...nyum22...

zila norazila said...

he hee wsalam zila..wahh layan cita tamil yer..nak share mkn kepak tue boley:)

hazila said...

Kak kasih,
Susah ada peminat tegar citer tamil in the house ni.

hazila said...

Qasey,
Kalau makan kepak ayam.sambil tengok citer tamil takut tersangkut kat tekak pulak. Maklumlah ada adegan lawan bagai....

hazila said...

Zila,
Kepak dah tinggal tulang je. Sedap pulak sesekali meratah kepak ayam.

Mamasya said...

Salam Hazila. cantik gambar ayam posing atas daun pisang tu....

Nuridah said...

Assalamualaikum Zila,

ya..ya..tengok gambar dulu...tengok gambar aja dh kecur...rasa mcm nk terkam ayam yg tk berdosa tu...hehehe...cantik aah gambar!! Bravo....

jualan megatefal said...

hi, im selling tefal products at a super cheap price

www,jualanmegatefal.blgospot.com

pre order
'
3x installment

Leadership Developmant Training said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

ibundo said...

hazila, meleleh dah air lio tengok gambar. Tu baru tengok gambar. Belum tengok ayamnya lagi. Adei.. lapo..lapo..

Rohah said...

waduhai...cantek tersusun kepak2 dalam bekas tu...ni kalau ratah x puas satu kepak, maunye banyak kepak2..hehe..huh!!nak kepak sekarang juge....nyam3..

ummiaisyah said...

sedap giler nmpknya kepak itu...sy nk sambar sekarang jugakk!