Salam semua,
Ramai yang sudah mula tayang kuih raya.... Aduhai, menu berbuka pun jarang buat sendiri apatah lagi nak mula mencanai kuih raya. Takpelah, raya ni saya tutup pintu rumah dan berjalan ke rumah kawan kawan lain. Boleh gitu!!!!!!
Kalau ada kerajinan, mungkin nak mula cari balik kat mana mixer, spatula, baking tin dan yang seumpama dengannya. Maklumlah, dah beberapa bulan tak pernah buat kek atau cookies. So nak kena check samada semua tu masih berfungsi atau tidak.
Kalau ikutkan my husband awal awal lagi suruh beli je. Tapi mungkin lebih banyak beli dari buat sendiri rasanya.... ( Ayat orang malas la ni....)
Okay berbalik pada menu semalam, semua makanan confirm yang tunjuk tunjuk by my husband. Sebulan ni dia ambil alih tugas saya menyediakan makanan. Jadi semalam bila saya balik sempat jugalah menyediakan Kuih Tako untuk berbuka. Since kesuntukan masa nak buat bekas kuih tako dari daun pandan atau daun pisang, saya cuma masukkan ia ke dalam bekas bekas kecil.
Saya dah beberapa kali buat kuih ni menggunakan resepi dari Kak Jun sebab ia menghasilkan dalam kuantiti yang cukup untuk isi rumah yang kecil.
Kuih Tako Moden
Bahan untuk lapisan bawah
30 gms tepung Hoen Kwee hijau
80 gms gula pasir
300 ml air
6-7 biji sengkuang cina/water chestnut ( boleh guna sengkuang biasa)
Bahan untuk lapisan atas
20 gms tepung beras
270 ml santan
20 gms gula pasir
Secubit garam
Bekas bekas kecil
Cara cara
1. Untuk lapisan bawah, masukkan semua bahan ke dalam periuk. gaul sehingga tepung larut.
2. Panaskan hingga warna larutan menjadi lutsina dan gelembung gelembung kecil keluar.
3. Matikan api, sudukan ke dalam bekas bekas kecil 1/2 ketinggian sahaja.
4. Untuk lapisan bawah, masukkan semua bahan ke dalam periuk, gaul sekata dan masak hingga menjadi pekat.
5. Matikan api dan sudukan ke dalam bekas bekas tadi. Sejukkan dan bolehlah dihidang.
6 comments :
hazila...
my mom suke sangat tako nih tapi lecehnya nak buat bekas tuh...tapi lepas nih kalau dia nak makan i suruh jer dia letak dalam cakap mcm u nih....mudah, portion pun banyak dalam gelas kan heheheheheh
thanks :)
Assalamualaikum Zila,
wah hari ini kak Nur di jamu ngan kuih tako...tako modern...baru tadi kak Nur tengok kuih jongkong modern...haha..canggih aah skrg!!Buat lah kuih raya Zila...tingin nk tengok kuih raya zila tu...mesti cantik2 nanti.
Kuih ini mmg pemes di bulan puasa... sedap kan makan time kuar dari peti sejuk... ermmm nyamannn
ada sengkuang lagi sedap....
sedapnya kalau simpan dalam peti sejuk....
alahai kak zila.. kak zila berbulan tak buat kek.. liza berpulu tahun tak buat. he..he.. tau makan je.
Post a Comment