Thursday, July 31, 2008

Bawal Goreng bersama sos tomato

Entahlah semenjak kebelakangan ni rasa malas sangat, rasa macam tak berapa sihat je. Semalam cam malas nak masak tapi stok masih byk dalam freezer, jadi masak yg simple, 2 dalam 1. Ada ikan dan ada sayur (tomato). Lepas tu my husband beli marinated lamb yg kat Giant tu, jadi saya cuma panggang and that's all for last night dinner.

Wednesday, July 30, 2008

Nasi Impit & Serunding Ikan

Saje je nak tunjuk gambar ni sebab hari ni takde gambar dinner semalam. Bukannya tak masak cuma repeated menu. Semalam the whole day memang sibuk sikit, cuma sempat post entry tapi tak sempat jalan jalan rumah kengkawan yg lain. Dah 2 malam dinner ngan kari, rasa cam dah tak larat tengok kari tapi nak buat camne, my husband is a "curry man".

Hubby : Ila, malam ni nak dinner apa?
Me : Entahlah, tak tau nak masak apa lagi. Abang nak makan apa?
Hubby : Apa yg ada kat rumah?
Me : Ermmm.... ada ketam, sotong, ayam dan ikan sikit.
Hubby : Ketamlah.
Me : Ketam nak masak apa bang?
Hubby : Kari
Me : Eh! Bukan ke semalam dah makan kari for dinner?
Hubby : Semalam tu kari udang, hari ni masak kari ketam, mana sama. Rasa dia lain lainlah.
Me : Sukahatilah Labu........

Tuesday, July 29, 2008

Parcel From Terengganu

Last week ada call my sister yg kat Kuala Terengganu minta dia hantarkan serunding ikan. Dulu mak saya ada ke Pasar Payang dan belikan saya serunding ikan, rasanya sedap dan minta adik tolong poskan dari sana. Pagi tadi dapat pos laju, tengok kat dalam tu ada serunding ikan, serunding daging, dodol dan keropok sagu. Serunding tu boleh tahan sampai bulan puasa ke tidak....

Goreng Kacang Panjang bersama hati dan pedal

Sebenarnya nak habiskan stok barang basah sebab dah beli last week tapi since last weekend tak masak, takut nanti lama lama dah sedap pulak. Jadi saya masak yg simple jer. Balance boleh bawa bekal gi kerja.

Masak Lemak Lala

Dah lama teringin nak makan lala masak lemak ni, tapi asyik tertangguh jer. Tapi berjaya juga masak malam tadi.

Kari udang

Semalam my husband request nak makan kari udang, saya pula teringin nak masak lemak lala, lastly masak dua dua sekali coz my husband tak suka makan lala. Tapi memang masak sikit jer cuma leceh sebab kerja dah bertambah.

Monday, July 28, 2008

Puding Buih


Source : Kak Nor Dari MyResepi
Memang leka betul makan puding ni. Saya buat sebahagian dari resepi dibawah dan saya gunakan serbuk agar agar instead of agar gar bertali.
Bahan-bahan
1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
UTK KUAH

1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.

Sambal Bilis & Terung


Memandangkan saya sorang jer kat rumah, lunch semalam saya fikir nak masak satu jenis lauk tapi ada sayur sekali. Tak kanlah 2 hari berturut turut nak makan sardin jer kan... So teringat saya pernah nampak resepi ni dalam majalah. Tapi ni versi saya yg sempoi dan malas. Itupun makan nasi bertambah tau.
Bahan bahan
1 genggam ikan bilis- digoreng garing dan ketepikan
2 biji terung bulat - dibelah 6 dan digoreng hingga layu
2 sudu makan cili kisar
1 labu bawang besar - dimayang
1 ulas bawang putih - dhiris halus
Garam dan gula
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Cara cara
  1. Tumis bawang besar dan putih hingga layu, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air.
  2. Masukkan air asam jawa, belacan dan biarkan seketika. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masukkan ikan bilis dan terung yg telah digoreng tadi. Gaul sebati dan masak seketika.
  4. Tak perlu terlalu lama kerana ikan bilis dan terung telah digoreng terlebih dahulu.

Sambal Sardin

Last weekend memang teruk dilanda penyakit Malas yg kronik. Betul betul malas, kena pulak my husband takde kat rumah jadi tak perlu fikir apa utk masak. Tapi kena masak juga kalau tak kelaparan pulak. Yg paling senang masak sambal sardin, dan saya memang suka sangat makan sardin. Kalau my husband ada, jarang masak coz dia kureng sikit ngan "Pak Din" ni.


Friday, July 25, 2008

Vanillla Sponge Cake

Bila tak perlu masak dinner, mulalah gatal tangan nak buat kek. Saya jumpa resepi vanilla sponge cake yg agak simple untuk beginner yg baru baru nak kenal dunia masakan ni. Bila dah siap masak, kek saya nipis sikit coz kena pakai pan 6" utk adunan yg sikit tu, tapi saya dah tuang dalam pan 11". Nasib ler.....

Bahan bahan

120 gms self raising flour
120 gms castor sugar
40 gms melted butter
1 ts vanilla
4 nos egg

Cara cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius. Lapik pan dengan kertas baking dan sapu sedikit butter.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan vanila dan melted butter sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan spatula sehala.
  4. Tuang adunan ke dalam pan dan bakar lebih kurang 20-25 minit atau sehingga masak.

Macaroni Soup

Sekarang ni dah addicted to beef ball lah pulak. Hari tu masa buat Fettuccine masih ada balance beef balls yg saya frozen dalam freezer, saya buat soup then masukkan macaroni yg telah direbus dulu. Sebenarnya last night tak masak dinner coz my husband willingly to "tapau" outside food. Best betul kalau tak masak ni.......

Thursday, July 24, 2008

Bendi Berlada

Masa jengok blog SKY@Lydia, nampak dia masak lebih kurang cam ni gak. Rasa cam sedap jer kat tekak ni, so balik saya pun buat dengan bahan yg ada kat rumah.

Bahan bahan

200 gms bendi - dicuci dan dikukus seketika ( Saya masukkan dalam microwave - tekan sayur)
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
Garam dan gula

cara cara
  1. Kisarkan bawang merah,putih dan cili merah.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, perasakan garam dan gula.
  3. Masukkan perahan limau kasturi. Gaul sebati dan tutup api.
  4. Tuangkan atas bendi yg telah dikukus tadi. Sedia utk dinikmati.

Udang masak Merah

Resepi asal namanya Udang Masak Sos Sechuan, tapi sebab saya dah modified ikut selera saya, jadi saya letak jer nama masak merah tu.

Bahan bahan

300 gms udang - dicuci dan toskan.
1 batang serai - diketuk
5 biji cili padi - dikisar
2 cm halia- dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula
Sedikit air

Cara cara
  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Kemudian masukkan sos tomato dan serai.
  2. Kemudian masukkan udang, gaul dan masukkan sedikit air.
  3. Biarkan ia mendidih seketika, perasakan. Masak sehingga kuahnya sedikit pekat.

Wednesday, July 23, 2008

Cek Mek Molek

Source : Majalah SAJI

Hari tu beli keledek utk buat bubur cha cha, ada lebih lagi. Kalau dibiarkan kat dapur tu, lama lama nanti boleh tumbuh akar pulak. So cari resepi yg paling senang sekali, apalagi buat cek mek molek le... Tapi saya buat separuh dari resepi dibawah.

Bahan bahan

500 gms kentang
125 gms tepung gandum
125 gms gula
Sedikit garam
Minyak

Cara-cara
  1. Keledek dicuci dan direbus hingga empuk. Sejukkan dan tumbuk hingga hancur.
  2. Campurkan keledek dengan tepung dn garam. Gaul sebati hingga menjadi doh.
  3. Ambil sedikit doh, masukkan sedikit gula dan bentukkan sedikit lonjong seperti di dalam gambar. Buat sehingga habis doh.
  4. Panaskan minyak, goreng hingga masak.

Bamia Chicken

Source : Majalah RASA

Nampak je merah menyala tapi tak pedas langsung utk tekak tekak melayu cam saya ni. Tapi sesuai utk kanak kanak yg takleh makan pedas. Inipun saya dah ubahsuai mengikut selera dan bahan yg ada kat rumah.

Bahan bahan
500 gms ayam ( saya guna ayam kampung )
2 sudu makan rempah kari daging
150 ml santan
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan minyak sapi
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
Garam secukup rasa
Sedikit air
Bahan kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji tomato
Cara cara
  1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan kisar ,cili kisar,rempah kari bersama sama bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau.
  3. Setelah itu masukkan ayam,santan dan sedikit air.Biarkan ia mereneh seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan masak sehingga ayam empuk dan kuahnya agak pekat.

Sup Ikan Power

Source : Mat Gebu@MyR

Ada kepala ikan merah dalam esbok, tapi tak kan nak buat kari lagi. Pening kepala saya bila kenangkan pasal kari ni. Saje search kat MyR kot kot ada resepi sup ke, dan berkenan kat resepi by Mat Gebu. Sesekali kena tukar selera la pulak.

Bahan-bahan

1 kepala ikan merah
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus
Daun sup & daun bawang sebagai hiasan

BAHAN2 REMPAH:-
4 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam*
1 keping hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
  2. Satukan bhn2 kisar dgn rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  4. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  5. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.

Tuesday, July 22, 2008

Cucur Sayur

Mula mula ingat nak buat cucur udang, tapi bila dah letak kucai dan taugeh byk sangat, dah jadi cucur sayur ler. Tapi udang letak juga, pas tu punya la malas, cicah je ngan sos cili thai.

Sambal Paru

Semalam masak sambal paru, selain tu biasalah my husband dah request his official menu " Kari Kepala Ikan". Tapi sebab dah selalu post, jadi hari ni takyah letak.

Monday, July 21, 2008

Melon Ice Cream

Bahan bahan

1/2 biji buah sunlady melon / langkawi golden
750 susu segar
200 gms gula
1/2 sudu teh vanilla esen
Beberapa titik pewarna kuning
2 sudu makan tepung jagung
1 gelas air
3 biji kuning telur
50 gms susu tepung utk masakan

Cara cara
  1. Kisar buah melon/tembikai dengan 1 gelas air. Ketepikan.
  2. Panaskan susu segar bersama sama gula hingga gula larut. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam campuran susu tadi, masukkan juga susu tepung. Kacau sebati dan tutup api. Biarkan susu sejuk seketika.
  3. Pukul kuning telur hingga kembang, masukkan campuran susu kedalam kuning telur. Kacau sebati, masukkan buah melon yg telah dikisar dan gaul semua campuran.
  4. Untuk manual :- Masukkan campuran ke dalam bekas yg sesuai dan masukkan ke dalam freezer. Selepas beberapa jam, keluarkan dan pukul dengan mixer. Simpan semual. Ulang proses ini 2/3 kali.
  5. Untuk yg menggunakan ice cream maker boleh ikut arahan yg telah disertakan oleh manufacturer.

Ice Cream Maker

Beli Ice Cream Maker ni dah hampir 6 bulan, tapi jarang guna coz takde masa. Selalu weekend tak pernah ada kat rumah. Hari sabtu lepas, lepas kemas kemas rumah sikit, nampak ice cream maker ni, terus cari resepi utk buat ice cream.

Fettuccine With Beef Balls

Bahan bahan utk beef balls
1 cawan daging hancur
1/3 cawan breadcrumbs
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit garam
1 biji telur

Cara cara
  1. Campurkan semua bahan di dalam bekas. Gaul rata dan bentukkan bulat bulat.
  2. Goreng beef ball di dalam minyak yg panas. Setelah masak bolehlah diangkat dan ditoskan.
Bahan utk kuah
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 tin kecil tomato puree
Garam dan gula secukupnya
1 sudu teh Italian mixed herb
Sedikit minyak zaitun
Sedikit air

Cara cara
  1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan tomato puree dan sedikit air. Biarkan ia mendidih buat seketika. Kemudian masukkan italian mixed herb.
  3. Masukkan beef balls dan perasakan. Biarkan kuahnya agak agak pekat sedikit dan bolehlah ditutup api.

Rebus air di dalam periuk, masukkan sedikit garam dan minyak zaitun. Masukkan lebih kurang 200 gms fettuccine dan masak hingga lembut. Toskan dan letak di dalam pinggan. Tuangkan sos bersama beef balls ke atasnya. Sedia utk dinikmati.

Nasi Minyak Sempoi

Bahan bahan

2 cawan beras basmathi - dicuci dan ditoskan
2 cawan air
2 sudu makan ghee / minyak sapi
2 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar - dimayang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
100 ml susu cair
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit kismis
Sedikit garam

Cara-cara
  1. Masukkan beras yg telah ditoskan ke dalam periuk nasi electric.
  2. Masukkan juga air,susu cair,kunyit,garam dan sedikit kunyit.
  3. Panaskan minyak sapi, goreng bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
  4. Masukkan cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga. Kacau sekejap hingga wangi. Tutup api dan tuang campuran ini ke dalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa.
  5. Setelah nasi hampir kering, masukkan sedikit kismis dan biarkan nasi masak.
  6. Semasa menghidang, bolehlah ditaburkan sedikit kismis dan gajus jika suka.

Kerutub Daging

Bahan bahan

500 gms daging lembu
1 sudu makan serbuk kerutub
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar biji
250 ml santan
1 sudu makan cili kisar
2 biji kentang dibelah 4
2 biji cili merah dibelah 2
Garam secukup rasa

Bahan dihiris

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yg telah dihiris hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan rempah rempah dan tumis lagi hingga garing.
  3. Masukkan daging dan kacu supaya daging tidak melekat. Biarkan daging setengah masak.
  4. Masukkan kentang dan santan. Kemudian masukkan garam dan masak hingga kuah agak pekat.
  5. Akhir sekali masukkan cili merah. Setelah daging masak, tutup api.
  6. Kalau suka, semasa menghidang bolehlah dihias dengan buah tomato dan daun ketumbar.

Saturday, July 19, 2008

Kek Batik

Bubur Cha Cha

Petang tadi saya buat Bubur Cha Cha, tengok cuaca pun cam mendung jer. Lepas kerja, singgah beli keledek. Masa tercari cari keledek tu nampak Japanese Sweet Potato, keledek ni sedap tau, rasanya memang manis.

Bahan bahan

500 ml santan
1000 ml air
Gula
3 ketul japanese sweet potato
100 gm tepung cha cha
Garam
2 ketul gula melaka
1 helai daun pandan

Cara-cara
  1. Didihkan air dan masukkan tepung cha cha dan ubi keledek. Masak hingga agak empuk dan cha cha kembang.
  2. Masukkan santan,gula melaka,garam dan gula pasir. Sesuaikan rasa. Masukkan juga daun pandan.
  3. Sentiasa kacau supaya tidak melekat dan jgn gunakan api besar supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Biarkan bubur masak dan bolehlah dinikmati.

Gulai Tulang Ikan Kurau Masin

Belek belek dalam peti ais, ada tulang ikan kurau masin. Dah lama juga beli tapi tak masak masak juga. Memandangkan dah tak tau nak masak apa saya masak gulai jer. Biasalah kalau masak biasanya saya ikut sukatan "ikut suka hati", sebab kalau ambil resepi dari buku atau internet, semuanya mengikut sukatan. Dah terbiasa agaknya.

Bahan bahan
500 gms tulang ikan kurau masin / kering - dipoton kecil,direndam dan ditoskan.
1 paket serbuk kari ADABI - (Khas utk ikan kering)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
1 biji cili hijau
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih
Air asam jawa
Garam
1 sudu makan cili kisar
1 kotak santan ( 150 ml )

Bahan sampingan
2 biji terung bulat - dibelah 4
2 biji cili hijau di belah 2/ jgn putus

Cara cara
  1. Bawang besar dimayang dan cili hijau dipotong serong.
  2. Bawang merah dan putih ditumbuk halus dan masukkan ke dalam bekas. Campurkan serbuk kari dan cili kisar serta sedikit air. Gaul sebati.
  3. Panaskan minyak, masukkan bawang dan cili haijau yg telah dipotong. Biarkan sehingga agak layu.
  4. Masukkan campuran NO.2 dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daun kari dan jus asam jawa. Gaul sebati.
  5. Masukkan santan dan air secukupnya. Kemudian masukkan tulang ikan kering, terung dan cili hijau yg telah di belah (Bahan sampingan).
  6. Biarkan ia mendidih baru masukkan garam. Berhati hati kerana ikan sudah masin.
  7. Tunggu sehingga masak, padamkan api. Bolehlah dihidangkan.

Sotong Sumbat Ala Thai

Source : Majalah RASA

Sebenarnya saya kukus pulut utk buat kuih tapi entahlah rasa cam malas sangat. Tapi sayang pulak kalau biar cam tu jer. Belek belek majalah, jumpa resepi ni, tengok dalam esbok pun ada sotong lagi. Bahan bahan yg digunakan pun tak banyak sangat. Rasanya....... not bad.


Bahan bahan

3 ekor sotong - dibersihkan
Pulut yang telah dikukus secukupnya
Lidi
Air
Garam dan gula
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram

Bahan utk dikisar

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu makan cili kisar

Cara cara
  1. Sumbat pulut ke dalam perut sotong tapi jgn terlalu penuh dan klipkan mulut sotong dengan lidi supaya pulut tidak terkeluar. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan bahan utk dikisar kecuali cili kisar.
  3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk cili hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air. Biarkan seketika, masukkan sos tiram dan kicap kemudian masukkan sotong tadi.
  5. Balik balikkan sotong dengan berhati hati, biarkan kuah mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan hingga sotong masak dan kuahnya agak pekat. Siap dan bolehlah dihidangkan.

Friday, July 18, 2008

Bun Raisin

Resepi asal menggunakan buah buahan kering, tapi memandangkan kat rumah yg ada cuma raisin dan buah cerry, itulah yg saya gunakan. Sebenarnya ia cuma basic bread dough cuma ditambahkan dengan raisin dan ada sedikit modification bergantung bahan yg ada dirumah.
Source : Koleksi Resepi Majalah Jelita

Bahan bahan

240 gms tepung roti
1 sudu teh gula pasir
2 camca besar air suam
1 sudu makan yis kering
30 gms butter
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh shortening
60 gms raisin
10 gms cerry merah
1 sudu makan perahan lemon
1 biji telur
3 sudu makan gula pasir
80 ml susu segar suam
Sedikit butter utk disapu diatas permukaan roti

Cara cara
  1. Satukan ragi,gula pasir dan air suam di dalam bekas. Biarkan seketika.
  2. Gaul ramas tepung roti bersama butter di dalam mangkuk lain sehingga sebati.
  3. Masukkan raisin bersama ceri merah, gaul sehingga sebati.
  4. Satukan perahan limau bersama telur, gula pasir, susu suam dan uli lagi.
  5. Tuangkan bancuhan ragi di dalam tepung, uli hingga sebati dan menjadi doh. Perap/biarkan doh naik selama 30 minit. Uli doh sekali lagi.
  6. Bulatkan dan letakkan di dalam mangkuk kertas. Perap lagi selama 30 minit.
  7. Sapu butter diatas permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak.

KAEDAH LAIN : - Masukkan semua bahan ke dalam BREADMAKER dan tekan setting DOH. Tunggu sehingga selesai. Kemudian ikut kaedah NO. 6 dan NO. 7.

Sup Telur

Source Resepi cedok dari rumah cik Mat.
Bahan bahan
2 biji kentang - dikupas dan dibelah 4 setiap satu
4 kuntum black fungus - rendam sampai kembang
1 keping fucuk - direndam
20 tangkai kincham(lebih kurang) - direndam
Sedikit soo hoon - direndam
3 biji telur
2 ulas bawang putih - diketuk
3 ulas bawang merah - dihiris halus
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sudu besar ikan bilis - direndam dan ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Air
Cara cara
  1. Panaskan minyak, bawang putih, merah dan udang kering yg telah ditumbuk.
  2. Masukkan air secukupnya, kemudian masukkan kentang dan kiub ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  3. Pecahkan telur di dalam periuk, pastikan telur tak pecah ( tapi saya fail bab ni.....),kemudian masukkan fucuk dan cendawan.
  4. Masukkan kincam dan tambah garam jika perlu. Kemudian masukkan soo hoon dan masak hingga kentang empuk.
  5. Hiaskan dengan daun sup atau daun bawang jika suka.

Thursday, July 17, 2008

Puding Kiwi

Source dari Koleksi Resepi Majalah Jelita
Ada sedikit ubahsuai mengikut kesesuaian dan selera sendiri.

Bahan bahan

800 ml air
200 ml susu segar
200 gms gula
2 biji telur
2 sudu makan serbuk agar agar
Sedikit perasa pandan
Sedikit pewarna hijau
2 biji buah kiwi

Cara cara

  1. Kisarkan buah kiwi dan ketepikan.
  2. Panaskan air, susu segar,gula dan serbuk agar agar. Kacau hingga semua larut.
  3. Pukul telur dan masukkan perlahan lahan ke dalam NO.2, masukkan kiwi yg telah dikisar beserta dengan perasa pandan dan pewarna hijau.
  4. Masak hingga mendidih kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam bekas yg sesuai. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Sambal Udang Petai

Dah lama tak masak sambal petai, jadi semalam beli petai, kebetulan saya dah beli udang hari sebelumnya. Saya selalu masak cara sempoi jer, yg penting kena dengan selera saya dan suami.

Bahan bahan

5 ekor udang
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan cili kisar
Sedikit belacan
Garam dan gula
Asam keping
2 papan petai - ambil isinya
Sedikit air

Cara cara
  1. Udang dibersihkan dan ditos.
  2. Bawang besar dihiris bulat/mayang dan bawang putih diracik halus.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili kisar. Masak seketika hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan garam, gula serta asam keping.
  5. Masukkan isi petai dan masak seketika. Kemudian baru masukkan udang. Gaul sebati dan tunggu sehingga udang masak, matikan api.

Ikan Goreng Berempah

Biasanya saya goreng ikan, cuma letak garam kunyit saja. Tapi kadang kala saya suka letak garam dan sedikit serbuk kari ikan serta beberapa helai daun kari. Biarkan seketika baru digoreng. Lain sikit rasanya kalau sekadar goreng kosong jer...

Sambal Tempoyak

Memandangkan sekarang ni musim buah durian, jadi byk juga tempoyak yg dijual kat pasar. Saya memang suka makan tempoyak samada buat sambal atau masak tempoyak. Ermmm.... sedap betul.

Wednesday, July 16, 2008

Bihun Sup Utara

Semalam rasa cam malas nak makan nasi, jadi saya terfikir nak masak bihun sup. Masa balik kerja saya beli tulang lembu utk buat sup dan sedikit perut lembu utk accessori tambahan.

Bahan bahan

300 gms tulang lembu
200 gms perut lembu
3oo gms bihun - direndam dengan sedikit serbuk kunyit
3 ulas bawang merah - dimayang dan digoreng
Sedikit lobak asin - jika suka
3 sudu makan cili kisar
1 tangkai daun saderi
1 biji cili merah
2 cm halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 packet sup bunjut (utk sup tulang)
Air
1 biji limau kasturi
Garam dan gula secukupnya

Cara cara
  1. Bersihkan tulang dan perut lembu dan rebus hingga empuk. Keluarkan perut lembu dan potong kecil kecil.
  2. Tumiskan halia, bawang merah dan putih hingga naik bau. Masukkan tulang yg telah direbus bersama sama airnya.Masukkan juga sup bunjut.
  3. Masak sup hingga mendidih. masukkan bahan perasa secukupnya. Masukkan daun saderi.
  4. Untuk membuat sos/sambal: - Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak, masukkan garam dan gula. Ketepikan.
  5. Apabila menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk,masukkan perut lembu, daging lembu yg diambil dari tulang, daun sup,bawang goreng, cili yg telah dipotong/dihiris nipis, limau dan lobak asin.
  6. Tuangkan sup ke atasnya. Tambahkan sos/sambal jika suka.
  7. Utk kali ini saya masukkan sayur kangkung yg telah dicelur.

Tuesday, July 15, 2008

Bubur Kacang 2 Rasa

Gara gara nak kena habiskan durian yg kat rumah tu, saya buat bubur kacang hijau. Kebetulan my husband pun suka makan, jadi takdelah rasa nyesal sangat bawa balik buah tu. Makan durian sebiji je, tekak ni dah rasa cam sakit. Buat bubur pun dapat seperiuk juga, apalagi kirim kat rumah sebelah menyebelah le, dan bawa gi kerja sikit.

Bahan bahan

200 gms kacang hijau - direndam lebih kurang 4 jam
500 ml santan
100 gms gula - ikut manis yg disukai
1/2 sudu teh garam
1 liter air
1 ketul gula kabung/melaka
5 biji isi durian
1 helai daun pandan

Cara-cara
  1. Masak kacang hijau hingga empuk/lembut.
  2. Masukkan daun pandan, santan dan air. Masak hingga mendidih tetapi jgn sampai pecah minyak.
  3. Masukkan isi durian, gula, gula kabung dan garam. Masak sehingga gula kabung larut.
  4. Sedia utk dihidangkan.

Black Pepper Chicken

Semalam masa balik dari kerja, tengok dalam freezer cuma ada ayam. Lupa pulak, last weekend balik kampung jadi takdelah beli stok barang basah. Punyalah fikir apa yg nak dimasak dengan ayam ni, terfikir lama tak makan black pepper beef, tapi memandangkan ayam je yg ada, jadi kita tukar jadi Black Pepper Chicken.... Sempoi je nak masak ni, ikut apa yg ada kat dapur jer.


Bahan bahan

300 gms ayam - dipotong kecil
2 cm halia - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dimayang
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
Sedikit capsicum/lada benggala merah dan kuning - dihiris menyerong
Garam
1 sudu makan black pepper - ditumbuk kasar
1 sudu teh tepung jagung
Air


Cara-cara
  1. Tumis bawang putih,halia dan bawang merah. Masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak. Kalau perlu masukkan sedikit air.
  2. Masukkan sos tiram,kicap dan black pepper. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan capsicum. Biarkan seketika. Perasakan dengan garam.
  4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan ke dalam ayam sedikit demi sedikit bergantung pada kepekatan yg dikehendaki.
  5. Biarkan sehingga ayam masak, bolehlah dimatikan api.

Monday, July 14, 2008

Buah buahan dari Kampung

Masa nak balik, emak suruh bawa balik buah durian, saya cuma ambil 2 biji saja. Bukan apa, takut nanti takde siapa nak makan. My husband pun sama cam saya, tak berapa suka sangat.
Walaupun manggis dah mula masak, tapi tak berapa byk lagi. Bolehlah utk makan sendiri. Buah salak tu jiran kat kampung yg bagi, byk juga. Kat rumahnya ada 14 pokok salak yg sedang berbuah dan rasanya manis.

Gulai Ikan Haruan

Since saya dah bagitau keluarga kat kampung yg kami nak balik, biasalah abah saya suka carikan apa apa yg biasanya saya suka makan. Begitu juga kalau adik saya yg kat Trengganu nak balik. Biasalah ibubapa kan.... try to please their childrens. Kebetulan ada org menahan perangkap kat sungai dan dapat ikan haruan yg tak berapa besar, jadi abah saya beli dan emak saya masak gulai ikan haruan dengan timun. Ermmmm.... makan sampai tak angkat kepala.

Sayur Manis Rebung dengan Bayam

Kat rumah keluarga saya, abah saya ada tanam pokok buluh yg khas utk dapatkan pucuk rebung. Saya memang suka makan rebung, tak kira masak air ke atau buat gulai. Sayur ni pun memang senang sangat nak masak.

Bahan bahan

1 pucuk rebung
1 ikat bayam hijau
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Garam
Air

Cara cara
  1. Rebung dikupas kulit dan dicincang/diracik halus. Rebus seketika dan toskan airnya.
  2. Siang bayam dan cuci bersih. Masukkan bayam dan rebung ke dalam periuk.
  3. Mayang bawang merah, masukkan ke dalam periuk bersam sama dengan belacan.
  4. Masukkan air secukupnya. Didih dan perasakan.

Untuk sesiapa yg tak biasa lihat pucuk rebung, dibawah ada saya sertakan gambarnya.



Musim buah di kampung

Masa balik kampung last weekend sempat snap beberapa gambar pokok buah buahan yg sedang bermusim kat kg saya sekarang. Kat tepi tepi jalan ramai org yg menjual buah durian, murah murah pulak tu. Sepanjang masa kat kampung, saya hanya makan sebiji buah durian, itupun dah tak larat nak tengok buah durian yg asyik gugur jer.




Saturday, July 12, 2008

Balik Kampung...............

Hari ni Tuan Dapur ni nak balik kampung............... 2,3 hari lepas, emak telefon dari kampung bagitau yg buah durian dah byk gugur. Adik beradik saya tak ramai dan semuanya bukan hantu durian. Emak kata, takde sape yg nak makan, asyik bagi kat jiran jiran dan kebanyakannya pun ada pokok durian sendiri. Jangan ada org pengsan sebab makan durian sudahlah....

Ikan Merah Bersama Sos Pelbagai Rasa

Kwang Kwang Kwang..... Sebenarnya tuan rumah ni diserang penyakit MALAS yg agak kronik. Ya Allah, malas sungguh.... tak tau nak masak apa. Tengok dalam freezer ada ikan merah sekeping, nak goreng saja, nanti tak berkuah pulak. Nak masak kicap, my husband tak suka pulak. Lastly masak ikut suka hati je lah......

Bahan bahan

1 keping ikan merah
2 biji cili merah
4 biji cili padi
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula

Cara cara
  1. Ikan merah digoreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar hancur cili merah. cili padi, bawang putih, bawang besar, halia, tomato dan daun ketumbar.
  3. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga agak pekat.
  5. Letakkan ikan goreng di dalam pinggan yg sesuai. Tuangkan sos yg telah dimasak tadi ke atas ikan. Hias kalau suka.

Friday, July 11, 2008

Sambal Binjai & Pucuk Ubi Rebus

Since ada lebihan pucuk ubi yg saya buat rendang kerang tu, saya rebus dan cicah ngan sambal belacan campur dengan buah binjai. Sedap oooo...... lupa diri sekejap. Buah binjai ni masam ( yg saya beli le....),tapi bau dia sedap. Pada sesiapa yg tak pernah tengok atau tak pasti buahnya macam mana, ada gambar kat bawah.



Rendang Kerang

Hari tu, saya ada beli kerang, agak banyak juga. Lepas rebus, saya kopek isinya dan simpan dalam esbok. So, semalam saya buat rendang kerang campur ngan pucuk ubi. Sedap gak.Resepi saya ambil dari Majalah RASA.

Bahan bahan

200 gms isi kerang
2 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 labu bawang besar
1 keping asam
2 sudu makan cili giling
Sedikit kerisik
Garam dan gula
100 ml santan
10 tangkai pucuk ubi - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus


Cara-cara
  1. Serai, bawang,halia dan lengkuas dikisar. Campurkan dengan cili giling.
  2. Tumis bahan bahan yg telah dikisar hingga naik bau. Masukkan kerisek dan asam keping.
  3. Masukkan santan dan gaul biar sebati. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masukkan isi kerang, daun kunyit dan pucuk ubi. Gaul.
  5. Masak hingga agak pekat.

Orange & Poppy Seed Muffin

Semalam masa intai rumah kak Jun nampak dia buat muffin ni, rasa terliurlah pulak. Muffin ni lembut dan gebu dan yg paling penting, sedappppp....

Bahan bahan

5 sudu teh parutan kulit oren
200 gms gula
335 gms self raising flour
2 sudu besar poppy seed
80 ml jus oren ( saya letak sunquick + sedikit pewarna oren)
1 biji telur - dipukul sedikit
250 ml susu segar
60 gms butter dicairkan-saya guna vegetable oil sebab butter dah habis.

Cara cara
  1. Panaskan Oven pada suhu 190 darjah celcius.
  2. Campurkan gula dan parutan kulit lemon. Ketepikan.
  3. Ayak tepung, masukkan poppy seed, jus, susu, minyak dan telur. Kacau sebati tapi jangan over mix.
  4. Sudukan ke dalam acuan muffin, bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Thursday, July 10, 2008

5 Spices Crab

Selain dari Kari Kepala Ikan, ketam merupakan my husband's fav. food. Kadang kala tak tau nak masak apa dengan ketam ni. Sampai satu tahap tu, saya goreng jer. Jadi kali ni saya recycle resepi lama, dulu saya masak guna udang, sekarang saya tukar kepada ketam. Resepi asal dari Che Iza@MyR.