2 cawan beras basmathi - dicuci dan ditoskan
2 cawan air
2 sudu makan ghee / minyak sapi
2 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar - dimayang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
100 ml susu cair
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit kismis
Sedikit garam
Cara-cara
- Masukkan beras yg telah ditoskan ke dalam periuk nasi electric.
- Masukkan juga air,susu cair,kunyit,garam dan sedikit kunyit.
- Panaskan minyak sapi, goreng bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga. Kacau sekejap hingga wangi. Tutup api dan tuang campuran ini ke dalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa.
- Setelah nasi hampir kering, masukkan sedikit kismis dan biarkan nasi masak.
- Semasa menghidang, bolehlah ditaburkan sedikit kismis dan gajus jika suka.
No comments :
Post a Comment