Masa bakar tu nampak cantik sebab dia naik, tapi bila dah masak, kek tu turun atau mendap. Tapi walau bagaimanapun, kek ni memang sedap dan melt in your mouth. My husband pun cakap sedap dan katanya next time boleh cuba buat lagi sampai kek jadi cantik. Ok le tu......
Bahan bahan
125 gms butter
190 gms gula
280 gms plain yogurt
22o gms self raising flour
3 biji telur di asingkan
60 ml jus oren
1 sudu teh parutan kulit oren
Cara cara
- Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan 3 biji telur kuning. Putar lagi.
- Masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
- Masukkan yogurt. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Sementara itu pukul telur putih hingga menjadi soft peak.
- Masukkan telur putih ke dalam adunan, kaup balik dan jangan terlalu lama.
- Bakar adunan di dalam oven yg telah dipanaskan selama 45 min pada suhu 180 darjah celcius.
No comments :
Post a Comment