Hari tu beli keledek utk buat bubur cha cha, ada lebih lagi. Kalau dibiarkan kat dapur tu, lama lama nanti boleh tumbuh akar pulak. So cari resepi yg paling senang sekali, apalagi buat cek mek molek le... Tapi saya buat separuh dari resepi dibawah.
Bahan bahan
500 gms kentang
125 gms tepung gandum
125 gms gula
Sedikit garam
Minyak
Cara-cara
- Keledek dicuci dan direbus hingga empuk. Sejukkan dan tumbuk hingga hancur.
- Campurkan keledek dengan tepung dn garam. Gaul sebati hingga menjadi doh.
- Ambil sedikit doh, masukkan sedikit gula dan bentukkan sedikit lonjong seperti di dalam gambar. Buat sehingga habis doh.
- Panaskan minyak, goreng hingga masak.
No comments :
Post a Comment