Salam di hari Jumaat...
Dah hampir beberapa hari takde entry. Bukannlah tak masak, cuma yang biasa biasa dan kebanyakkannya yang ulangan dan simple. Maklumlah bila "patah kaki", leceh sikit sebabnya pagi pagi dah kena ikut my husband keluar pergi kerja pukul 6.30 pagi. Balik pun dah jadi malas nak fikir menu yang lain dari yang lain untuk di masak. Jadi makan sajalah apa yang terfikir dan ada dalam peti ais.
Alhamdulillah, kereta dah okay walaupun ribu riban juga yang melayang, nak buat macam mana kan, ini kira dugaan juga. Walau perit dan pahit kena telan juga, bak kata orang dulu dulu.... Yang pahit tu selalunya ubat. Adalah rahmat disebaliknya tu. ( Kena fikir positive di tahun baru.....wink)
Agak lama juga saya tak makan Greek Yogurt, bukan apa, agak susah nak jumpa di pasaraya. Yang biasa tu ada banyak. Biasanya kalau jumpa saya mesti beli 2 bekas.
Berbalik pada menu kat atas, Grilled Peach with Greek Yogurt,
kebiasaannya di makan dengan ice cream vanilla ke tapi sebab yang ada cuma yogurt, so hantam sajalah...
Saya cuma taburkan gula pasir dan parutan kulit lemon di atas buah peach yang telah dibelah dua, grill di dalam oven hingga gula bertukar menjadi karamel dan buah peach keperangan. Lebih enak dinikmati dengan ice cream.
12 comments :
Ya..betul kata K Ham..kelas ..koa zila..ini selalunya 5 start buat.
wah! macam sedap aje ni Hazila... teringin pula nak cuba tapi buah peach pulak tadak!
oh k zila..sentiasa kretp berdessert!
nampakkk sedappp sangat
dan simple...
buah tu guna yang dah masak atau yg agak keras?
Kak Ham,
terlebih kelas kot kak. lamanya akak menyepi....
Kak Paty,
Selalu nampak dalam blog omputih dan majalah. Saja nak cuba.
Amie,
Apa kata cuba dengan buah plum, tapi mungkin lebih sesuai dengan ice cream sebab plum agak masam bila campur dgn yogurt lagi masam.
umieaisyah,
lama tak buat dessert, baru nak start semula ni...
Kak kasihredha,
saya guna buah yang agak ranum sebab lembut sikit.
kretif nyer akak buat
yummy
Saya tak pernah try makan macam tu je greek yogurt ni. Kalau beli guna untuk masak gulai atau untuk gantikan santan. Grilled peach saya suka.
zila,tak pernah lak makan cam gini..kira jakun ler sekejap..bagus laa idea cam gini..tapi tu arrr bila nak beli buah tuuu
Post a Comment