Tuesday, January 3, 2012

Coconut Jelly - Ulangan Yang Entah Kali ke berapa....


Walaupun hari ini ialah hari pertama bekerja bagi tahun 2012, tapi suasana sunyi sangat. Macam bekerja hari sabtu. Mungkin ramai yang masih sambung cuti atau sibuk hantar anak anak kembali ke sekolah.

Actually semalam saya plan nak buat Cream Puff. Semua barang dah beli, tapia syik tertangguh saja. My husband pulak asyik cakap, kalau malas nak buat, tak payah lah buat. Aduhai..... bukannya nak bagi semangat, melunturkan semangat yang ada paras hidung je. Selepas 2,3 kali bangun, duduk, bangun akhirnya saya ke dapur untuk meneruskan misi. 

Tapi itulah kan, kalau tak dengar cakap suami, adalah yang tak kena. Mula mula fail buat kastad, sebab agak keras. Kemudian buat puff, nampak macam okay je, tapi bila dah bakar, tak kembang seperti sepatutnya.  Memang totally failed. Moral of the story..... Jangan ingkar cakap suami. wink!!!!

Since ada yang dah merungut lama tak makan Jelly Kelapa, jadi dengan mithalinya saya buat semalam. Saya gunakan 2 biji kelapa pandan. Tak banyaka dapat, sebab kelapa pandan agak kecil dan tak banyak airnya. Tapi sedap sebab ia wangi dan isinya manis dan sedap.

Nasib baik tak failed buat Coconut Jelly......


11 comments :

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Baru balik dari klinik..kat luar tu panas terik..air kete pun tak terasa..kena coconut jelly macam ni..mak aii basah dan sejuk anak tekak.

Ayu said...

Assalam Zila,
Happy New year 2012 to you & hubby!!
semuga tahun mendatang akan memberi kecerian dan berbahagia selalu disamping suami tercinta, dan mudah2han Allah akan berikan 'rezeki' pada zila & hubby insyallah..

coconut jelly awak dah buat entah berpa kali..kita satu kali pun belum dah..hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Hazila...Lama betul saya tak buat jelly ni...Emmmm sedap ni makan time sejuk2 kan..

Dan rasanya masih belum terlambat kottt untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012..Semoga kedatangan tahun baru ni membawa lebih keceriaan dan kegembiraan buat akak dan Cik Hb

HomeKreation said...

Aslmkm Zila. Happy New year to you. Jeli ni memang best....!

Chah said...

Sedapnya jeli kelapa! semalam sayapun beli air kelapa 2 biji, airnya cenonet tapi manis kawkaw..tak dan nak dijelikan pun Hurm... macam serashi bershama lah pulak, sayapun failed dengan cemerlangnya buat e clair last week..huhuuhu..

kasihredha said...

jangan putus asa...cuba dan cuba lagi

pssst dan jgn ingkar cakap suami yer ;-)

Yat Maria said...

Zila

next time round, insyaAllah menjadi..tu lah kan..sometimes..dah follow recipe cun2 pun ntah apsal some things tak menjadi gak..try again la dear..

fatimatuzzahra said...

salam kak hazila,

saya ade bace entry resepi ni..nak tanye serbuk agar2 yg akak guna tu brand ape..saya xjmpa serbuk biasa yg ada tu mmg khas utk buat jelly kelapa..ada juga yg plain tp ade kaler2 merah, hijau, kuning..smlm sy try dah ikut resepi akak tp guna agar2 kering..rasanya kurang sedap n kurang lembut..

-zara-

fatimatuzzahra said...

thanks for sharing :)

dZana said...

rasa segar klau dpt mkn yg sejuk2 cam ni.. dah lama jugak tak buat jelly ni..

anymz said...

dgn cuaca panas macam sekarang ni kalau dapat minum dan makan coconut jelly mmg rasa heaven sgt2..segar je di tekak kan?...:)