Source : Koleksi Resepi Majalah Jelita
Bahan bahan
240 gms tepung roti
1 sudu teh gula pasir
2 camca besar air suam
1 sudu makan yis kering
30 gms butter
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh shortening
60 gms raisin
10 gms cerry merah
1 sudu makan perahan lemon
1 biji telur
3 sudu makan gula pasir
80 ml susu segar suam
Sedikit butter utk disapu diatas permukaan roti
Cara cara
- Satukan ragi,gula pasir dan air suam di dalam bekas. Biarkan seketika.
- Gaul ramas tepung roti bersama butter di dalam mangkuk lain sehingga sebati.
- Masukkan raisin bersama ceri merah, gaul sehingga sebati.
- Satukan perahan limau bersama telur, gula pasir, susu suam dan uli lagi.
- Tuangkan bancuhan ragi di dalam tepung, uli hingga sebati dan menjadi doh. Perap/biarkan doh naik selama 30 minit. Uli doh sekali lagi.
- Bulatkan dan letakkan di dalam mangkuk kertas. Perap lagi selama 30 minit.
- Sapu butter diatas permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak.
KAEDAH LAIN : - Masukkan semua bahan ke dalam BREADMAKER dan tekan setting DOH. Tunggu sehingga selesai. Kemudian ikut kaedah NO. 6 dan NO. 7.
No comments :
Post a Comment