Monday, July 26, 2010

Menu Hari Minggu


Normally,  weekend saya jarang sangat memasak sebab these 2 days kami akan makan kat luar. Kadang kala dari breakfast sampai dinner. Tapi semalam cuma lunch je kat luar, lepas tu jalan jalan cuci mata sebelum kami balik lebih kurang pukul 3.30 ptg. Sebabnya petang tu lepas Asar, my husband nak ke rumah kawannya untuk Tahlil. Hari khamis lepas, isteri kawannya tu meninggal sebab breast cancer. Mula mula dia cakap nak tapau je makanan dari luar, tapi saya cakap tak perlulah sebab nak habiskan barang basah yg beli hari tu.
Hari tu kan saya ada buat Gyoza, banyak juga dapat so saya frozen yang balance tu. Semalam saya kukus dan buat simple sup dan jadilah Dumpling Sup.Kalau rebus sekali dalam sup, Gyoza atau Dumpling tu tak akan jadi terbentuk seperti itu. Untuk presentation purpose lebih baik kukus sebelum campur dalam sup. Tapi kalau dah malas, campak semua sekali la dalam sup tu.


 

Ada udang sikit, tak tau nak masak apa jadi saya buat sambal tumis. Tekak melayu kan, kalau takde yang pedas, tak puas makan nasi.

1 comment :

Watierman said...

Bismillah.....wah asal nampak jer sup dengan sambal tumis..terus automatic nak bersimpuh dah ni!