Monday, October 24, 2011

Pokok Lemon



Hari ini saya tak ada entry berkenaan makanan sebab hujung minggu saya bermalas malasan dan mendera my other half to treat me lunch and dinner. So confirm tak masak.


Since dah 2,3 hari tak ada entry, jadi saya letak gambar pokok lemon saya yang sudah mengeluarkan buah. Hari hari, sebaik sampai je kat rumah mesti pergi belek pokok lemon sebab risau buahnya gugur. Masa saya perasan dah keluar putik tu, rasanya ada lebih kurang 6 tapi sudah tinggal 3 sahaja.

Lagi satu tak tahan dengan ulat yang suka sangat makan daun limau. Kadang kala sampai 5,6 ekor sedang "berseronok" mengerjakan daun limau tu. Selain ulat, daun limau juga dijangkiti kulat yang menyebabkan daunnya  ada tompok tompok putih. Sudah 2 kali saya sembur dengan racun organik untuk mengawal pembiakan kulat tu....

Tak sabar nak tunggu buah lemon ni besar dan bertukar warna kuning seperti yang selalu beli di kedai tu....

Pokok Lemon


Pokok Cili Padi

Ini pula pokok cili yang saya tanam dalam pasu. Puas juga makan sebab memang banyak buahnya dan boleh tahan pedasnya. Kadang kala dia masak serentak, tak termakan saya sebab bukan hari hari nak guna cili padi ni.

23 comments :

Chik Mimi said...

wah best tu nnti kalau dah x larat nak makan buah tu sila pos ye
hehehhe

abah khalisha said...

nice pictures..cantik

iva said...

thanks for sharing. i love fruit trees and we have alot of them at home too but pokok cili padi dah mati..huhu..

hazila said...

Chik mimi,
boleh boleh nanti saya pos. Tapi kalau sampai buah tu jadi warna lain tu tak tau la ye...

hazila said...

abah khalisha,

Thanks. Still lots more to learn.

Qhaifa Nur said...

bestnya dapat tanam dan collect hasilnya sendiri, tak payah beli...

hazila said...

iva,
you're welcome. I have a few fruit trees only, basic ingredients that I usually used foe my cooking.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

rindu nak terjah sini
lama giler nak dtg ngeee
akak cihat????
teringat kat kg sebab selalu umi ayu mmg suka tanam mcm2 jenis pokok even umah weols kat taman but space tu ada....siap jalan kat sebelah buat mini kebun ngeeee

Liza said...

wahh best sgt dapat tanam sendiri pokok lemon tu...

K.Nor said...

wahh teringin gak nak menanam ni.. harap dpt merealisasikannya dlm satu masa nanti.. geram tengok tanaman org lain hehe

aNaYaNa said...

mesti harum kan bau pokok lemon?:)

hazila said...

Qhaifa Nur,
Itulah kadang kala nak guna sikit saja, bila beli tak habis, masuk tong sampah.

hazila said...

Ayu,
lamanya menghilang. Cuti cuti Japan ke cuti cuti Korea? hehehehe...

hazila said...

Liza,
Itulah teruja nak tengok buah lemon kat laman sendiri.

hazila said...

Kak Nor,
Memang best kalau ada kebun mini kat rumah sendiri. Maklumlah ruang terhad.

hazila said...

Anayana,
Bau daun lemon tu sedap tapi takdelah sekuat bau daun limau purut.

cik cek said...

Rajinnya bercucuk tanam...green hand...sume pun tumbuh segar...:D

Edi said...

saya pernah beli pokok lemon ni kat cameron. dah siap berbuah dah pokok tu.. lama2 mati jugak, tak tahan cuaca panas kot.. sayang betul. besskan kalau ade pokok lemon yg berbuah beribu lemon? hari2 minum lemonade la :D

Umie Artoqiemie said...

suburnye pokok tu ...

Amie said...

tengok pokok lemon tu, teringatlah pulak sepokok lemon kami tanam betul-betul tepi pintu dapur tapi belum berbuah... agaknya nak kena bubuh baja buah... sedap baunya kan!

Ida,Japan said...

slm kenal zila....singgah sini dan follow, jemput singgah ye..rajin zila b'cucuk tanam...subur lak tuu

kasihredha said...

dulu waktu ada maid akak ada byk pokok cili api ni sebab ada yg tolong siram dan bajakan...sekarang usahkan pokok cili...rumputpun kering kat rumah akak ni :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x der cuti2 mana pow
x cihat jer akak....rest biji mata sama asyik lepak depan pc jer ngeeee