Wednesday, October 26, 2011

Watermelon Iced Blended


Hari ni Shah Alam, hujan dari tengahari sampai sekarang belum berhenti lagi. Lembab saja semua kain baju yang dibasuh sampai tak tau nak sidai kat mana. Masa hujan begini, saya berharap ada pengering baju di rumah.

Walaupun hujan dan cuaca lembab, masih sempat buat Watermelon Iced Blended, suka suka hati saya saja bagi nama. Sebenarnya beli buah tembikai ni dah lama juga tapi tak makan sebab saya terlupa. Buah tembikai masih dalam beg plastik dengan beberapa plastik barang lain. masa nak kemas tadi, baru perasan ada buah yang dibeli tapi belum makan. Punyalah teruk ingatan, maklumlah umur makin meningkat ni kan......


Saya buat minuman ini untuk my husband yang menolong saya membuat meja kayu seperti dalam gambar. Tengahari tadi kami keluar lunch ( biasalah la kan, kalau cuti je memang asyik makan luar je....), masa balik tu my husband ajak singgah di Hardware. Beberapa hari lepas, saya minta dia tolong buatkan meja kayu untuk saya gunakan sebagai salah satu prop untuk ambil gambar masakan.

Bukanlah susah sangat pun sebab kami sudah minta pekerja kedai hardware tu potong kepada saiz yang saya kehendaki, jadi bila balik rumah, my husband cuma pakukan menjadi seperti meja.  Dia siap tanya samada saya nak cat meja tu atau tidak...

Watermelon Iced Blended

8 comments :

Amie said...

sedapnya WIB.... huh! kalau Amie buat sendiri rasa tak sedaplaa... kena cari kat luar gak.... memang rasa lebih sedap bila hirup hasil air tangan orang! (ini alasan orang malas macam Amie...)

Ida,Japan said...

so sweet the pic....sweet lagi kalau dpt hirup air tembikai ni he..he

Wanieyra said...

Salam...

Tengok gambar je dah terliur, kalau dok depan mata tak tahulah ni!

Nuridah said...

Zila,

nk segelas boley?? Enak kalau dpt rasa.

cik cek said...

Gelas cantik...sudu cantik...emmmm...sume pun cantik...kak cek nak segelas....slurp..slurp...:D

Anna Qawina said...

mintak sesudu pun boleh la..kalau nak bg segelas apa lagi kan..cantik sangat gambo..

umi said...

warna dia mengancam! cantik sudu, cantik gak gelas tu. lagi cantik kalau dapat hirup isinya sekali slurpp!

blogresipi.com said...

Salam kak,
Bestlah kalau ada meja macam ni. Memang cantik dalam gambar kan. Saya suka bentuk gelas yang akak guna tu. :)