Wednesday, August 26, 2009

Aduh letihnya.......

Dah 2 hari saya sibuk yang agak melampau. Hehehehe...mengalahkan calon yg bertanding kat Permatang Pasir pulak. Semalam masak yg sempoi je, mana yg sempat. My husband beli kuih dan kari sotong kat Restoren Azira Sect. 10 Shah Alam. Balik rumah saya cuma sempat buat Kerabu jantung pisang dengan cencaru goreng sambal.

Kerabu Jantung Pisang

Bahan bahan

1 jantung pisang - direbus dan dihiris halus
1 ekor ikan kembung - direbus dan ambil isinya
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
3 ulas cili padi
Jus limau
Garam secukup rasa

Cara cara
  • Tumbuk lumat bawang besar, cili merah dan cili padi.
  • Masukkan jantung pisang, isi ikan dan bahan yang ditumbuk lumat ke dalam bekas. Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan jus limau.

Cencaru Goreng Samabl

10 comments :

Chik Mi said...

zila kerabu jantungmu itewwww membuatkan ayeq liuq menitik ni,nasib baik dah berbuka

cikmanggis said...

selamat bersahur hazila,mmg sangat letih tambahan jika cuaca panas..ujian!

blogresipi said...

Bestnye kalo ade jantung pisang.. kite sgt jantung pisang nie kak...

hazila said...

Mimi,
kena masuk rumah kawan lepas berbuka, kalau tak asyik meleleh air liur je.

hazila said...

CM,
Kat Shah Alam, semalam mendung. Pas tu bila ptg je hujan lebat. Saya letih sebab banyak kerja nak kena siapkan.

hazila said...

Ijan,
Akak nak cuba buat masak lemak jantung pisang pulak lepas ni. Pernah nampak kat mana entah...

kucingorengemok said...

kita suka jantung pisang/ pisang muda masak lemak... tapi tak reti buat sendiri

hazila said...

lee lin,
nanti saya cari resepi dan cuba dulu. Kalau ok, saya hantar signal cam batwan tu.....

geraugebang said...

ini menu sangat mengancam nafsu makan. sedapnya jantung pisang tu. aduh aduh.

hazila said...

Betul la kak gerau, sometimes simple dishes makes us drool.