Sunday, August 2, 2009

Peach Flan

Hari tu nampak kat rumah Kak Nor, dia buat peach Flan ni. Saya pergi cari flan kat Bagus, tapi dia ada dalam botol yang besar dan harganya lebih kurang RM35. Nak beli pun tak berbaloi sebab bukannya saya meniaga. Kalau beli satu botol tu, entah berapa lama baru habis. Then saya pergi kat Bake With Yen, nasib baik ada dijual dalam bekas plasti kecil. Thanks to Kak Nor, saya copy dari blog dia je.


Bahan bahan


1 paket flan ~ boleh dibeli kat kedai bakeri
1 liter susu fresh
1/2 sudu teh serbuk agar2
buah peach ~ dihiris
1 kotak jelly NONA
400ml air

Cara-cara
  • Panaskan susu dan serbuk agar2 hingga mendidih dan masukkan vanila flan.
  • Kacau2 dan padamkan api.
  • Biarkan seketika dan masukkan ke dalam bekas yg disukai.
  • Biarkan bahagian atas mengeras sedikit, baru la disusun buah peach kat atasnya.
  • Dlm periuk yg lain, masukkan serbuk jelly dan 400ml air.Panaskan hingga mendidih.
  • Padamkan api dan tuang perlahan2 keatas flan tadi.Biarkan hingga sejuk baru la dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Hidangkan sejuk2.

4 comments :

Chik Mi said...

nampak sedap aje Zila.

hazila said...

Memang sedap tau Mimi. Saya pun first time makan flan ni. Selalu nampak kat Bakery tapi tak tau apa la Flan tu.

Nor said...

camna hazila, kena dgn selera tak?

hazila said...

Sedap Kak Nor, dan cepat dan senang.