Wednesday, August 19, 2009

Rich Chocolate Pudding

Malam tadi punyalah semangat nak masak untuk dinner, sebab dah beberapa hari tak memasak. Balik kampung hari tu pun tak masak sebab banyak jiran buat kenduri nak menyambut Ramadhan. Apalagi, pakat gantung periuk la...
Balik kerja, keluarkan ayam dan udang dari esbok, sementara tunggu nak hilangkan aisnya, saya buat rich coklat pudding dulu. Elok je pudding masak, gas dapur habis. So saya suruh adik saya gi kedai suruh diorang hantar, tapi sebabkan hujan yg agak lebat, tunggu punya tunggu sampai pukul 9 baru India tu muncul depan rumah. Nak hangin pun tak kena juga sebab hujan lebat. Apalagi, call my husband suruh beli lauk kat kedai makan. Hehehehe....jadi 2 malam le my husband makan lauk bungkus.

Resepi ambil dari MyR, Kak Jun. Lama dok pendam perasaan tengok dah ramai yang buat. Jadi semalam dengan semangat berkobar kobar, balik je terus buat.

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

10 comments :

kucingorengemok said...

comel mangkuk... mcm desserts kat hotel dah rupa dia :)

Chik Mi said...

nakkkkk tapikan ku duk renung mangkukmu itew hiihihihi

Am-flora said...

Wah zila nak buat gak ya? bestkan..sedap makan dgn frut coktails, akak pun kenan dgn mgkuk puding tu! pantang betul..

hazila said...

lee lin,
nak makan kat hotel takut poket tembus.....

hazila said...

mimi,
jangan renung lama lama, takut tembus pulak mangkuk tu.

hazila said...

Kak am,
ye lah kak, sedap makan dengan fruit koktel tu. Hehehehe...mangkuk tu beli masa Metrojaya sale hari tu.

geraugebang said...

makan sejuk memang sedap ni. Terasa nak malam ni jugak. Ni yang payah ni.

blogresipi said...

Kak, nak puding tue.. kite berkenan betul ngan mangkuk tue lah... cantik!!!

hazila said...

Kak gerau,
apa lagi, kena bersilat kat dapo le jawabnya.

hazila said...

Ijan,
hehehehe....syok tengok mangkuk yang lain dari yang lain .