Tuesday, August 18, 2009

Spaghetti Goreng dengan Sosej, Cendawan & Baked Tomatoes

Hari ni sibuk sikit sejak dari pagi lagi. Semalam saya tak masak beria ia sangat untuk dinner, bukannya mogok sebab kena sindir tapi stok barang basah dah habis dan mood pun tak mari lagi. Semalam tak rasa cam nak makan nasi, saya masak spaghetti untuk saya. Tapi yg sorang lagi tu nak makan nasi, jadi dia beli nasi bungkus je.

Bahan bahan

150 gms spaghetti - masak seperti biasa
2 biji tomato
1 batang sosej - dihiris nipis
3 pcs cendawan butang - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - tumbuk biar sedikit hancur
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun

Cara memasak
  • Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil. Letakkan sedikit minyak zaitun.
  • Tomato dibelah 2, letakkan dia atas aluminium foil. Taburkan sedikit garam dan lada hitam. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 min. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sosej dan cendawan yg telah dihiris. Biarkan sehingga sosej masak.
  • Masukkan spaghetti yg telah dimasak/rebus, gaul sebati.
  • Masukkan pula tomato yang telah dibakar tadi, gaul sekata dan perasan dengan garam. Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan.
  • Jika suka bolehlah parut keju diatasnya atau taburkan campuran dried english herbs.

1 comment :

blogresipi said...

Ingat kan laling akak kena denda sampai kena makan nasik bungkus jer.hehehe