Thursday, December 20, 2012

Pandan Chiffon Cake


As Salam dan Selamat Pagi...


Ku lihat Hijau.....

Fuhhh!!!!! Rasa macam dah kebah dari ""badi" chiffon Cake. Apa tidaknya, setiap kali buat chiffon cake asyik failed saja. Selalunya kek jadi bantat walaupun dah ikut resepi dari A hingga Z. Orang lain pejam mata pun boleh buat chiffon cake without fail. Tapi kita ni kena cuba berkali kali. Itulah kehidupan, bukan nasib semua orang tu sama kan...

Ermmm..... masih senyum sampai ke telinga ni.


Memang puas hati, sebab kek jadi lembut, sedikit lembab dan gebu juga. Rupa rupanya bukanlah susah mana pun dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

Saya buat kek ini sebelum masuk tidur, selepas kek masak, terbalikkan cake pan dan pagi tadi keluarkan dari pan dan siap untuk dinikmati. Berdebar juga nak tau keadaan kek tu pagi tadi, mana lah tau kek jadi bantat juga.


Nampaknya lepas ni asyik keluar resepi chiffon cake je lah kan. Banyak resepi yang nak kena cuba, sebab dulu pernah buat Pumpkin Chiffon Cake tapi tak menjadi. Saya pernah nampak Chiffon Cake pulut hitam. Siapalah yang nak jadi mangsa saya untuk habiskan kek tu semua kan....



PANDAN CHIFFON CAKE
Sumber : Sonia, Nasi Lemak Lover

Bahan bahan
5 butir telur kuning
20 gms gula pasir
80 gms minyak jagung
60 gms air + 20 gms pandan extract
125 gms tepung kek

5 butir telur putih
90 gms gula pasir
1/2 sudu teh perahan lemon

Cara cara
1. Kuning telur dan gula pasir di pukul ringan hingan sebati. Masukkan campuran air dan pandan extract dan kacau sekata.
2. Tuangkan minyak jagung dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula pasir sedikit demi sedikit dan juga jus lemon ke dalam putih telur. Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4. Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan tepung, gaul menggunakan whisk hingga sebati.
5. Masukkan baki 2/3 aduanan putih telur dan gaul sekata.
6. Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake (20 cm), bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit.
7. Apabila kek sudah masak, keluarkan dan terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan hingga ia sejuk.
8. Keluarkan kek dan potong.


CARA MENYEDIAKAN TEPUNG KEK DI RUMAH

Kadang kala resepi yang hendak sediakan memerlukan hanya sedikit kuantiti tepung kek sedangkan kita perlu membeli dalam kuantiti yg agak banyak dan jarang menggunakannya. So, dari internet, saya dapat cara menyediakan tepung kek menggunakan tepung yang ada di rumah.

*** Ambil 1 cawan tepung serbaguna/gandum. Keluarkan 2 sudu makan tepung dan masukkan semula ke dalam bekasnya. Campurkan 2 sudu makan tepung jagung ke dalam tepung yang telah dikeluarkan 2 sudu makan tadi. Ayak beberapa kali supaya kedua dua jenis tepung tadi benar benar sebati. 

Selamat mencuba. Memang terbukti sebab chiffon cake saya jadi dengan jayanya.


18 comments :

Mori Said said...

Salam hazila.... sedapnya tengok kek hijau tu.... gebu...

Chik Mimi said...

cantikkkkk kitanya pans belum pecah dara lagi

asyifamustaffa said...

ok la x kena badi dah....sy lgi teruk...! x penah buat lansung...!!! kikiki.....

Mas Sani said...

betul3x..lain org lain caranya kan..mas ni pun kekadang kek x menjadi walhal dh ikut A-Z huhu...
yg penting jgn serik cuba walaupun hehehe...
Cantik sgt dh kek tu..gebu sungguh hah...kek chiffon ni makan berulang kali pun x jemu kan.. sedap sgt :)

AbbotCottage said...

Aiikkkkk kita baru balik dari umah Nasi Lemak Lover. Umah dia pon idangkan pandan chiffon cake, kat sini pon sama, wahhhh kenyang la petang ni, dah ler ujan. Sedap menyipon weihh..

hazila said...

WS, memang gebu dan rasa manisnya sedang sedang saja.

hazila said...

Ini pun dah lama beli chiffon pan baru nak merasmikan. Yang lama saiznya agak besar, nak kena buat adunan yg banyak pulak nanti.

hazila said...

Kena cuba. Bila dah menjadi syoknya lain macam.

hazila said...

Betul tu. Kek ni tak muak sebab tak guna butter.

hazila said...

Abbot, lamanya tak nampak. Kemana menghilang? Akak ambil resepi dari rumah Sonia, Nasi Lemak Lover la ni.

Amie said...

Assalamualaikum Hazila,
memang betul tu... kadang2 jadu kadang2 tak... adalah tu yang tak kena he he he hh
Kat rumah kami kek chiffon laris! Keluar aje dari oven... semua dah menunggu!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

waahhh.. cantik warna & tekstur chiffon pandan tu... sebut je chiffon.. memang dah boleh bayang kesedapan & kelembutannya...

cantik kek tu sekata je.. kalau madiha yg buat kek mesti naik membukit sikit....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

yeahhh clap clap clap utk kaka
finally jadik kek yg wangi dan gebuzzz gituew....
lamanyer ai x baking now not feeling well plak down with high fever n bad flu uwaaaaa

zila norazila said...

zila pun dh lama x buat ciffon..dulu2 time x der blog rajin buat..skrg nie cam malas jew kak..kasi 2 potong kak..:)

Rohah said...

salam kak, nampak kek chiffon akak ni teringat hubby saya semalam dah pegang2 kek chiffon..dia request kat saya ; boleh buat tak?..saya iyakannya..dia mmg gemarkannya..ada rezki nti bolehlah buat..

Ummi said...

Cantik dah kejadian kek chifon tu Hazila, akak pn kadang2 jadi, kadang fail la jgk kot...hahahaha...xpa janji leh makan jek... Betul kata org, practice makes perfect....cuba dan terus cuba...akhirnya berbaloi dan puashati sgt2 kan...dlm apa bidang pun begitu....Meh sini sepotong.. ^__^

Unknown said...

salam perkenalan.. cantiknya and gebusnya kek tu sis.. tergoda rasanya.. nanti boleh cuba yer resepi tu ..

Unknown said...

Salam saya nak tnya cara buat tepung kek sendiri tu kan mula-mula kita ambik 1 cawan tepung gandum dan keluarkan 2 sudu masuk bekas lain dicampur dgn 2 sudu tepung jagung . Saya nak tya 1 cawan tepung yang td tu nak campur dgn tepung gandum+tepung jagung td tu ke ? Ataupun kita ulang tambah tepung jagung ?