Saturday, December 29, 2012

Oven Baked Potato Wedges


Selamat Pagi,

Cuaca pagi sabtu yang terang... tapi biasanya bila lepas waktu tengahari, langit mula mendung dan hujan akan turun dengan lebat sekali.

Lagi beberapa hari 2012 akan meninggalkan kita dan 2013 akan menjelma. Semoga tahun 2013 akan membawa seribu satu rahmat buat semua umat manusia.

Sudah agak seketika juga saya tidak menyediakan masakan ala ala western di rumah. Maklumlah "tuan tanah" tu ala ala konservatif sikit. Kalau boleh nak makan nasi saja. Kalau tidak, tak kenyang katanya. Tapi sejak kebelakangan ini memang jarang sangat makan yang berat berat especially waktu makan malam. Kalau dulu, seminggu sekali mesti ada Kari Kepala Ikan. Tapi sekarang, kalau makan nasi pun, lauk dimasak seringkas mungkin.


Pada mulanya my husband request nak makan steamboat untuk makan malam tapi last minute tukar nak makan ayam bakar saja. Jadi sebelum balik kerja, saya singgah beli ayam dan juga Russet Potato untuk buat Oven Baked Potato Wedges.

Kalau selalu makan yang simple macam ni memang akak suka dikkkk... Maklumlah, kadang kala tahap kerajinan bukannya tinggi sangat. Kadang kala tak ada idea nak masak lauk apa. Asyik ulang menu yang sama walau buku masakan sebulan 3,4 jenis dibeli.


OVEN BAKED POTATO WEDGES

Bahan bahan
3 biji kentang Russet - cuci bersih dan belah 6
Minyak zaitun - ( Saya guna extra virgin sebab ada stok ini saja )
Garam
Serbuk cili
Bawang putih
Daun ketumbar - boleh guna rosemary,parsley atau apa yang disukai

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih hingga hancur, masukkan ke dalam bekas dan masukkan juga serbuk cili,garam,minyak zaitun dan hirisan daun ketumbar.
2. Gaul sebati kemudian tuangkan ke dalam bekas yang berisi kentang. Gaul sekata supaya semua kentang disaluti aoleh campuran tadi.
3. Panaskan oven, susun kentang di atas dulang pembakar dan bakar kentang pada suhu 220 darjah celcius lebih kurang 30-40 minit atau sehingga kentang masak.
4. Semasa proses memasak, alihkan kentang supaya ia masak sekata.



Kentang akak yang extra hangit...... Tapi yang hangit itu yang paling sedap. Sendiri masak, sendiri puji. Siapa lagi nak puji kan...



Inilah makan malam kami, Oven baked chicken and Oven Baked Spicy,garlicky potato wedges. 

Fuhhhh.... western habis. Sesekali Biru Mata Hitamku.




8 comments :

adda syuhada said...

teruja tgk bake potato wedges tu..lama dh xmakan..last makan pun kt umh mmber 2-3bln lepas..

Amie said...

Bertukar kejap warna mataku ni Hazila... alahai sedapnyalah menu yang kupandang ini!

kasihredha said...

Sedappp...sukaaa
Tp x pernah buat sendiri

Siti Sabariah Hashim said...

thanks :3

Lesung Batu said...

ah..sedap & simple!

Rohah said...

diet betul ni kak, kita pun selalu pasang niat tak nak sentuh nasi untuk hidangan malam...tapi kekadang buntu apa yg nk dimasak..

zila norazila said...

salam kak zila..
amboii jadi mat saleh jap kak..he hhee sedapnya..zila sukakentang tue..ayam pon..he hhe:)

FnF Simple Life said...

FnF pun suka baked potato wedges... kena makan panas2 kan...mmg best...nnt boleh cuba marinate potato wedges resepi ni InsyaAllah.