Monday, March 4, 2013

Talam Sekoteng



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hampir seminggu tidak berupdate blog My Small Kitchen, entah kenapa. Mungkin tuan rumah agak sibuk atau agak malas disebabkan cuaca yang terlebih berbahang di Shah Alam kebelakangan ini.

Boleh bagi alasan macam tu tak?

Sebenarnya agak lama juga saya beli sekoteng ni, rasanya akhir tahun lepas. Punyalah lama disimpan, maklumlah bila teringin nak buat mencari bagai nak rak. Tapi bila barang dah ada dalam tangan, rasa malas pulak atau ada benda lain yang lebih mengujakan untuk dicuba.



Tapi semalam walaupun cuaca membahang, saya rajinkan juga membuat Talam Sekoteng yang saya ambil resepinya dari blog Kak CT Delima. Ini kerana kuantiti adunannya tidak banyak dan sesuai untuk keluarga yang kecil. Maklumlah kalau buat banyak, nanti membazir pula sebab tak ada yang nak tolong habiskan.

Saya memang selalu ketinggalan keretapi kan.... Masa orang lain tengah menggila buat Talam Sekoteng, saya tengok dari tepi je. Masa orang lain menggila buat Durian Crepes, saya jeling  sipi sipi je.... 

Bila orang dah habis menggila,

saya pula yang menggila sorang sorang. Okay apa....



Since ada banyak kerja yang buat saya "gila" sekarang ni, jadi jamu mata dulu lah ye. Bila saya dah normal balik, saya type resepi.Itupun nak pergi copy kat blog kak CT




LAPISAN BAWAH
Bahan : A
35g sekoteng (rebus dahulu & toskan)

Bahan : B
90 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)
110 gm gula castor
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
Bahan A, direbus dan toskan, bancuh bahan B dan tapis. Masak Bahan B sehingga naik wap, masukkan sekoteng dan gaul rata. Tuangkan kedalam loyang 8" dan kukus selama 25 minit. 


LAPISAN ATAS
Bahan:
90 gm tepung gandum
125 gm gula halus (boleh juga guna gula kastor)
3 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil-esen ros cap star + 1/2 sudu kecil pewarna rose pink

Cara-cara :
Bancuh semua bahan2 atas, tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap & tuangkan keatas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit.



Gambar ihsan dari google.

Sekoteng juga di kenali sebagai "PACAR CINA"

18 comments :

Mori Said said...

canteekk nya talam ni... sama la mori juga... bila dh hujung2 baru xcited nk buat...

hazila said...

Mori,

Saya selalu terlambat. Tapi kalau boleh memang nak cuba segala macam resepi yang ada.

syapex said...

Salam...
Cantink Kejadian Talamnya..
Sy Pn Br Lps Bt Jgk..
Memang Sdp..

hazila said...

syapex,

Kebelakangan ni suka pulak buat kuih kukus macam ni.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...Sesekali kita kembalikan zaman kegilaan itu apa salahnya

Amie said...

Hai Hazila,
walaupun tertinggal keretapi tapi hasilnya mengalahkan orang yang naik keretapi he he he ehhh!

ummiaisyah said...

waaaa..bestnya...mn dapat sekoteng tu..kt sini takde jual....camne rasanya kak zila?...cun nmpknya...sukernyaaa

hazila said...

sue,
terpaksalah 'menggila' seorang diri...

hazila said...

Amie,
tiket keretapi pun dah nak expired. Nasib baik menjadi juga.

hazila said...

ummiasyah,
akak jumpa kat bakeri. itupun hujung tahun lepas. rasanya sedikit kenyal.

mama sara nur said...

assalam
talam yg lawa ni Hazila
tak pernah jumpa sekoteng tu lg atau tak kenal rupanya ehe hee
tp pernah tgk blogger masak

mama sara nur said...

assalam
talam yg lawa ni Hazila
tak pernah jumpa sekoteng tu lg atau tak kenal rupanya ehe hee
tp pernah tgk blogger masak

Rohah said...

cari sekoteng ni pun belum jumpa...kelakar la akak ni..biasanya bab ketinggalan transport ni pun sama gak cam saya kak..org lain dah sampai mana2 ntah..kita baru nak panaskan enjen..eheee

zila norazila said...

colour kuih tue menarik kak..nampak sedap jew:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Takpela zila.. At least brjaya juga d cuba walau ketinggalan keretapi.. Sy ni lgla x brpeluang nk cuba sbb skoteng pn xjmpa cari lg.. Hihi

pB said...

SEKOTENG tu apa ....?

kakyon said...

sweet kaler dia..teringin nak mencuba tapi tulah balik2 akk berdua je yg makan.anak2 tak suka kuih manis2..huhu

eyeyou said...

br nak tny sekoteng tu apa..nasib ada pc..br tahu..tahu kuih talam jer..