Tuesday, March 12, 2013

Deep Fried Soft Shell Crabs



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

First of all, thanks for the birthday wishes. Dah tua akak ni, tapi bak kata Cik Mimi, " Age is just a number". That soooooo true my dear friend. Yang penting kita sihat dan bahagia dengan diri kita, dikelilingi keluarga dan kawan kawan yang bukan saja ada semasa kita senang tetapi semasa kita memerlukan walau pun hanya sebagai pendengar.

Berbalik pada menu malam tadi,

Pernah makan Soft Shell Crab? Kesian kat akak tau, baru je nak merasa seafood yang satu ni. Orang lain dah muak, kita baru dapat makan. Bukan apa, selalu juga bila tengok rancangan masakan especially dari luar sana ada tunjukkan pasal soft shell crab ni. Terfikir juga macam mana agaknya rasa dia.

Kebetulan hari ahad lepas suami ajak ke pasar tani Stadium Shah Alam untuk membeli barang basah. Seperti biasa kami sampai lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pusing bahagian barang basah then balik. Jarang sangat pergi bahagian yang lain.

Sebelum ini tak adalah pula orang jual soft shell crabs dengan lobster kat pasar tani seksyen 13 ni. Since dah lama teringin nak makan, saya beli 4 ekor yang berharga RM25. Saiznya agak kecil.




Since tak pasti nak masak apa, saya cuma buat seperti ketam goreng tepung.

Bagaimana nak explain rasanya ye... rasa macam ketam lah kan. But according to my little picky eater so called husband, lebih sedap blue crabs lagi. Mungkin sebab blue crabs boleh dapat fresh compared to this soft shell crab yang dah dibekukan.

Bahan bahan

2 ekor soft shell crabs - potong bahagian depan, bersihkan dan tos.
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 cawan susu segar

****  Campurkan semua bahan dan gaul sebati

1 cawan tepung goreng/tempura
Minyak untuk menggoreng

Cara cara
1. Ambil seekor ketam, gaulkan di dalam campuran telur dan susu, keluarkan dan gaul di dalam tepung.
2. Goreng terendam di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
3. Pastikan kedua dua bahagian masak sekata. Ulang hingga habis.



9 comments :

Mori Said said...

happy belated besday hazila... hehehe... sedap nya tengok ketam tu... lom pernah cuba lagi nei.. .

Amanda Suria said...

x pernah makan..sedap ke? kat mana ada jual soft shell crab ni?

Marsita yahya said...

hah mood rajin dah sampai goreng ketam lembut lagi..

Azie said...

As salam. I love soft shell crab. tapi tak pernah pulak lagi terjumpa ianya dijual di mana mana. Mungkin belum terserempak. Kalau ke Sushi, memang ini lah yang saya order. Tahniah gambar yang digambar memang cantik. mencair hati saya dibuatnya.

Chik Mimi said...

kita pun jakun jugak ni hehehe tak pernah merasa lagi

ummiaisyah said...

sy tak penah makan ketam ni...selalu tgk dlm tv je...kalo blue crab camne plak?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mcm2 jenis seafood ada kat pasar tani shah alam tu ye.. sy sampai skrg tak jejak kaki lagi ke sana... masalah utamanya... kalau hari minggu mmg payah nak bergerak awal pagi sbb anak2 semua sedap landing... nampaknya kalau nak pegi mmg kena kerah dorang bangun awal pagi.. barulah boleh pegi sana & senang dpt parking ye..

pasal soft shell crab ni.. pernah mkn sekali je.. itupun masa mkn kat restoren... mmg rasanya tak sesedap ketam biasa tu... apa2pun.. nak mknnya lebih mudah sebab semua anggota badan dia lembut kan.. hehe...

sudipVSsenduk said...

belum pernah makan soft shell crab ni, nampak mcm best je...

Belated Birthday Hazila!

Ayu said...

Assalam zila,
soft shell crab ni memang sedap..kita pernah makan krap krup..macam keropok dia orang goreng..time bulan puasa aje ada jual di bazaar ramadan kat sini..dah ada recipe ni boleh ikut cara zila..thanks for sharing..

oo..Happy belated birthday to you dear..semuga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah hendaknya..

sorry lewat datang sini..maklum ler kita sekarang dah tak macam dulu selalu update dan selalu blogwalking..sekarang dah kurang..itu yang jarang2 singgah sini janganlah simpan didalam hati ya..