Thursday, March 21, 2013

Tomato & Mushroom Omelette

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah beberapa hari saya tak masak di rumah, agak sibuk sikit kebelakangan ni. Badan pun rasa macam agak lemah. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas, kurang minum air dan faktor usia. Maklumlah dah tua...



Hari ini saya cuma letak entry menu yang simple, 

Telur Goreng.

Aduhai!!!! mesti tension kan, telur goreng pun nak masuk dalam blog ke.. 

Ala sesekali apa salahnya glamourkan sikit si telur ayam ni. Lagipun telur ni boleh dikatakan sebagai penyelamat keaadaan. Dibuatnya tiba tiba tetamu datang tanpa war warkan dulu, jamu je lah telur dadar dengan nasi putih. Bagi kicap sekali, confirm 2 pinggan habis.

Telur, Kicap, Sardin antara bahan yang selalu ada dalam gerobok.




Hari ini saya buat telur dadar ala ala Fritata, tapi saya tak letak cheese atau sebarang english herbs. Sebab saya ni peminat fanatic cendawan shiitake, jadi saya letak agak banyak.


Tomato & Mushroom Omelette

Bahan bahan
4 biji telur ayam saiz Jumbo
1 biji cili merah - di dadu
1 labu bawang besar - di dadu
5 kuntum cendawan shiitake - hiris nipis
2 kuntum cendawan tiram - hiris nipis
1 keping daging salai - dihiris kecil
5 biji tomato ceri - dibelah dua
1/2 sudu makan butter
Garam dan lada hitam secukup
Daun salad - bahan sampingan

Cara cara
1. Pukul telur bersama sama dengan garam dan lada hitam hingga agak kembang, ketepikan.
2. Panaskan oven, putar ke function "GRILL".
3. Panaskan kuali, cairkan butter dan masukkan hirisan daging salai. Goreng sebentar hingga hampir masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah dan bawang besar. Goreng hingga semua bahan hampir layu.
5. Tuangkan telur yang telah dipul tadi ke dalam kuali, susun buah tomato ceri di atas permukaan telur dan masak dengan api perlahan lebih kurang 5 minit.
6. Matikan api, masukkan kuali berisi telur ke dalam oven dan panaskan lebih kurang 5 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar.
7. Sedia dinikmati bersama sama nasi atau roti.


7 comments :

Mori Said said...

salam hazila... mori nak cakap.. frying pan tu cantek dulu ke..atau omelette tu cantek... aahh 2 tu cantekk..hehehe..

Nikee Me said...

hai hazila..nikee dr laman dapur helen..hmm sedap fritata sebegini..selalu buat juga...menggunakan omelette makef

Marsita yahya said...

omelette cantikkk, pan pun cantikkk

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

telur dadar lauk yang paling digemari anak2... kalau kat luar.. walau dah order byk lauk lain.. tetap akan order telur dadar jugak.. tp dadar biasa ajelah.. takla semewah dadar yang zila buat ni.. special gitu..

Rohah said...

yg simple cam ni lah yg sedap kak..setuju...

Yong Is My Name said...

2 S = simple & sedap = santek..

Cilantro said...

Hai Hazila, interesting blog you've got here.......Your Fritata looks delish.....so is your fying pan...do you mind letting me know where you bought it...TQ