Monday, November 5, 2012

Asam Pedas Ikan Mayong dengan Daun Asam Kampung



Salam dan Selamat Pagi,

Masa saya singgah di blog Wendy, Table for 2, saya noticed yang dia menjadi host untuk MFF bagi bulan November untuk negeri Kedah/Perlis. MFF ialah Malaysian Food Fest dimana seorang blogger akan menjadi host untuk setiap negeri di Malaysia. Blogger boleh menyediakan hidangan yang sinonim dengan negeri negeri yang terpilih utnuk setiap bulan.

 Kebetulan suami saya berasal dari Kedah di sebelah bapanya dan Perlis disebelah ibunya. Jadi saya beritahu suami saya yang saya teringin nak join MFF ni tapi saya tidak berapa pasti apa makanan yang begitu sinonim dengan Perlis dan Kedah yang agak jarang orang memasaknya. So my husband suggest saya untuk meghubungi keluarga di Perlis.

Ada beberapa masakan yang telah diberitahu kepada saya secara kasarnya. Tetapi ada satu bahan yang diberitahu kepada saya tetapi saya belum pernah merasanya walaupun saya sudah berkahwin dengan suami saya selama 17 tahun. Bahan itu ialah Daun Asam kampung atau Asam Paya atau Asam Kumbang.


Inilah daun asam kampung yang bentuk buahnya seakan akan buah rozel. Pada mulanya saya sangkakan kedua dua pokok ini ada sama tetapi rupa rupanya bukan. Ada sedikit kelainan dari segi bentuk daun Asam Paya dengan Daun Rozel.

Saya memang ada nampak emak sauda suami saya tanam pokok asam paya ni di halaman rumahnya di Kedah. Bila tanya nak buat apa dengan pokok ini, dia jawab nak buat masak asam pedas. Rasanya mereka selalu gunakan ikan sawah seperti ikan puyu atau ikan keli untuk buat asam pedas dengan daun asam kampung ini. Tetapi memandangkan saya sudah ada seketul kepala ikan mayong, jadi saya gunakan ikan mayong instead of ikan sungai/sawah.


ASAM PEDAS IKAN MAYONG DENGAN DAUN ASAM KAMPUNG
Sumber: My husband's family.

Bahan bahan
1 ketul kepala ikan mayong/ikan duri
1 batang bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 ikan daun asam kumbang/paya
10 biji cili kering *
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup *
Belacan sebesar ibu jari *
1 sudu makan beras - dicuci dan toskan *
1 @ 2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air - anggaran 800 ml

Cara cara.
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Masukkan kedalam periuk bersama sama dengan air, kepala ikan mayong. Didihkan.
2. Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, daun asam kampung dan asam keping. Masak sehingga ia mendidih sekali lagi.
3. Perasakan dengan garam, jika suka lebih masam masukkan sekeping lagi asam keping.
4. Setelah semua cukup rasa, matikan api. Sedia dinikmati dengan nasi putih hangat, ikan kering yang digoreng garing dan juga sambal belacan.


Perhatian ****

Asam pedas ini tidak DITUMIS dengan minyak dan kelainannya kerana ia memasukkan sedikit beras di dalam masakan ini.

" I am submitting this post to Malaysian Food Fest Kedah/Perlis hosted by WendyinKK of Table for 2."


20 comments :

JaSSNaNi said...

ooo.. ingat tadi pokok rozel dah.. rupanya asam kampung.. hmmm mmg sama tapi tak serupa..
>> sedapnya asam pedas ikan mayong..

Gee® said...

Ooooo...ini rupanya pokok asam paya...k.gee pernah dgr tp tak kenal pokoknya... sedap yer buat masak asam... boleh try nih... TQ zila

Nuridah said...

Assalamualaikum Zila cayang,

hehe sihat ke??Lama kak Nur tk berkesempatan menjengah blog Zila yg cun nie...tengok asam pedas terus perut akak jadi lapar...nanti semangkuk boley??Sedapppp gitu!!!

Qhaifa Nur said...

sedapnya asam pedas ikan mayong...
nampak lain daun ini dgn yg biasa kita lihat....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

owhh.. baru hari ni soalan yg kerap berlegar2 dlm kepala akak terjawab.. hehe.. akak pun selalu ternampak daun/dahan daun asam kampong tu dijual kat pasar2 malam kat sini. biasanya nampak org India yg selalu beli. tertanya2 juga apalah dorang masak pokok rozel tu.. hehehe.. memang sangkaan tu ingatkan pokok rozel.. bila zila share kat sini barulah tahu rupanya pokok asam kampong. memang tak pernah tahu.. t.kasih ye berkongsi..

Mas Sani said...

x pernah tgk daun tu kak, mkn lg la x pernah tp mesti sedap kan...lauk asam mkn dgn bedir celor sedapnyaaaa la terilur plak sy skrg ni :)

Ayu said...

Assalam zila,
tengok lauk asam ni air liuq meladung2 dah kat dalam mulut..kalau buat hirup2 dan pedas berpeluh2 pun tak apa..hehe..daun asam kampung tak pernah tengok ni first time ler..

Ummiakid @ lily said...

Asam pedas ikan mayong ni feveret hb saya, tapi saya x makan ikan mayong...kata hb sedap!

atam said...

salam kak hazila,

saya nak tanya ni, bila masa nak msukkan beras tu ? masa tgh mendidih tu ya? nnt jadik cam bubur ke dlm masak asam tu ?

-atamgirl-

hazila said...

atam,
beras tu diksar sekali dengan bawang merah, bawang putih, kunyit, cili kering dan belacan.

atam said...

kak,

ok ok.. insya allah, nnt saya cuba.. TQ kak!

kasihredha said...

Feveret suami akak ni..belajar msk ni semata2 suami suka.

zila norazila said...

nampak sedap kak..zila x pernah jumpa masakan camnie..pestime nie..daun asam tu pun sama...tq share info..kut2 trjumpa nnt dh kenal:)

Rohah said...

Salam kak Zila, ikan mayong ni memang sedap masak asam pedas, kira dah jadi menu rutin saya juga..Tapi yang daun asam tu tak pernah cuba lagi, ada nampak kat econsave, tapi tak pernah capai sebab tak tahu kegunaannya..dah tahu nti, bolehlah cuba beli.

Mieza said...

minggu nak cuba resepi ni dgn ikan pari..tp daun asam kampung tu yg tak available kat sini huhuhuu

vas said...

Hi Zam, I was looking at a variety of asam pedas recepi today, n logged in to yours....so delighted to see it. I know this daun asam kampung so well...even planted it my house , most Indians do, :)) , we make certain kind of puried preparation of the daun asam with alots of chili...I simply love it...my top most favorite...anyway....going to give yr asam pedas recepi a try tonight. All the best with the contest , my dear.

~~zana@pb~~ said...

Kakpb kalau daun2 ni mmg agak bebal sikit, tak berapa kenal.
Mesti sedap masak asam2 gini kalau dihirup kan? ikan mayong pulak tu.

Qasey Honey said...

lauk fav hb QH ni kak...asam pedas ikan mayong...
tp xpnh pulak letak daun asam tu...pestime tgk n tau...jakun kejap..hehe

ibundo said...

patutlah my dad belek2 daun pokok rozel belakang rumah dulu dan cakap daun ni boleh buat gulai. hii.. rupanya pokok lain.

WendyinKK @ Table for 2..... or more said...

OOO..... barula Wendy tau apa guna pokok asam ini. Memang dah banyak kali jumpa kat Jaya Grocer. Tanya makcik makcik yang tengah pilih sayur pun entah apa gunanya, hehehehe.
Lain kali kalo Wendy terserempak sayur ni kat Jaya Grocer mesti belim sebab dah tahu camana nak masak, hehe, TQ.