Thursday, November 29, 2012

Cencaru Kukus Air Asam


Salam dan Selamat Petang,


Malam ini saya cuma letak menu yang simple dan boleh disediakan dalam masa yang singkat. Selain itu, ia boleh dikategorikan sebagai menu yang agak menyihatkan.

Actually saya dah tak tahu nak masak apa untuk makan malam. Selain ikan, saya ada ayam, ketam, sotong dan kepala ikan mayong. Bosan juga kalau asyik makan kari saja. Semalam dah masak ketam berlada, so malam ini saya decided untuk masak menu yang agak ringan sikit.


Esok petang mesti riuh rendah rumah saya yang selalunya agak sunyi selain bunyi suara dari televisyen. Sebabnya ibu bapa saya, adik lelaki bujang dan adik perempuan saya sekeluarga akan datang ke rumah saya. Petang tadi masa berbual dengan emak saya di telefon, emak saya beritahu yang dia dah siap packed 2 guni durian dan 2 guni buah rambutan. Aduhai..... siapalah yang nak habiskan buah buah tu semua. Nampaknya kena hulur sikit pada jiran. Ermmmm mungkin boleh buat Crepe Durian kot....



Berbalik pada menu kali ini, resepinya agak senang. Apa yang perlu ialah kukus ikan cencaru hingga masak. Kemuadian bancuh campuran belacan, garam, asam jawa hingga sesuai rasa. Tambahkan dengan hirisan cili merah, cili padi, bawang besar dan tomato. Tambahkan daun ketumbar untuk menambahkan aroma air asam. Cukuplah sekadar lauk begini dengan sepinggan nasi putih.



12 comments :

Mori Said said...

tq tq..kongsi resepi nie... pening gak kekadang nak masak untuk husben yang on diet...

hazila said...

Mori, saya selalu masak macam ni kalau dah takde idea nak masak apa.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..emmmm gud idea..boleh cuba ni..saya ada 2 ekor cengcaru belah belakang & seekor tanpa kulit..Yang tanpa kulit tu ok kot utk resipi ni...

Ehemmmm...Klu rasa2 doyan&rambutan tu tak terhabis nanti..jgn lupa panggil saya yaaaa.nanti saya ding dong depan pintu pagar rumah akak...

Gee® said...

Waaa... menggoda la Zila... biasanya ikan cencaru ni k.gee goreng atau masak kicap jer...tak pernah buat camni... nampak sedap betul laaa...bolehlah try nanti... TQ Zila

Amanda Suria said...

nak cuba buat la weekend ni...

Qasey Honey said...

aha la Kak Hazila..pestime tgk ikn caru dimasak cmni..biase goreng xpon wt caru sumbat aje..leh la try jugak..

zila norazila said...

wahh sedap kak,
biasa zila bkar dulu baru cicah air asam..

ummiaisyah said...

.sy baca tang 2 guni derian n 2 guni moktan tu jek!!!

Amie said...

Memang menu sihat berkhasiat ni Hazila... kelmarin pun Amie masak cencaru tapi panggang.

Ija Abdullah said...

salam,

just stumble upon your blog.

LOVE the Pictures!!! yummeh.

awak telah membuatkan saya kecur air liure malam2 ni! hahahaha.

keep it up.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Something simple and quick over here! Besttt :)
Hru kak?

Rohah said...

memang sedap kalau ikan dibuat kuah asam macam ni..btul2 diet ..