Thursday, November 1, 2012

Cheesy Baked Meatballs and Mashed Potatoes



Salam dan Selamat Sejahtera,

Sudah agak lama juga tak masak western food di rumah. Sesekali ada juga "melawat" Mc D atau KFC. Dah lama saya nampak kawan FB yang selalu buat Cheesy Baked Meatballs. Selalunya ada tempahan dari rakan sekerja atau rakan rakan suaminya.

So suatu hari dengan rasa tak berapa malunya, saya berkias boleh tak share resepi Cheesy Baked Meatballs tu dengan saya. Bukan apa, kadang kala dan sesetengah orang kurang selesa berkongsi resepi terutama kalau mereka buat untuk jualan. Tetapi dengan pantas, kawan ini memberikan resepi walaupun bukan dalam exact measurement.


So seperti biasa, kita akan adjust ikut kesesuaian. Bak kata orang, ikut tekak masing masing.


Sebab agak terleka menonton drama Korea, hangit Cheesy Baked Meatballs tu.


Saya tidak pula bertanya pada kawan saya tu, dia makan Cheesy Baked Meatballs ni dengan apa. Tapi saya dengan sukahati buat mashed potatoes untuk digandingkan dengan meatballs.

Mashed Potatoes

3 biji kentang Russet
1 sudu makan daun parsley - dicincang halus
1 sudu makan butter
Sedikit susu segar - anggaran 1/4 cawan
Sedikit garam

Cara-cara
1. Kupas kentang, potong kepada saiz sesuai, rebus dengan sedikit garam hingga empuk.  Toskan.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama sama dengan butter dan daun parsley. Lenyek sambil masukkan sedikit demi sedikit susu segar hingga menjadi mashed potatoes yang sesuai.


CHEESY BAKED MEATBALLS

Bahan bahan
10 biji meatballs - ready made
1 sudu makan cili kisar
1 tin tomato sauce - anggaran 300 gms ( saya guna Prego Original )
4 kuntum Swiss Brown Mushroom - hiris kecil
2 ulas bawang besar - dicincang kecil
Garam dan gula jika perlu
Minyak untuk menumis
1/4 cawan air
Keju Mozzarella - untuk taburan

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan tomato sauce dan air.
2. Biarkan hingga sauce mendidih, masukkan cendawan dan meatballs. Kacau hingga sebati dan biarkan sebentar.
3. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biarkan anggaran 5 minit, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.
4. Panaskan oven, tuangkan sauce dan meatballs ke dalam bekas tahan panas, taburkan dengan Mozzarella Cheese ke atasnya.
5. Bakar sebentar hingga cheese cair. Boleh dimakan begitu saja ata hidangkan bersama sama dengan mashed potatoes.


9 comments :

Gee® said...

Waaaa...dh lama tak western... mengancam lah!

Cida de' Nuanza said...

bestnyaaa..!!!
bertukar selera menu mcm ni..asyik2 lauk yg sama je...boasan gak

Marsita yahya said...

sekali sekala layan western best gak kan...

Qasey Honey said...

wow menu omputih yer harini..kena pki mata pelsu kaler biru ni..hehe

sekali skala lyn menu western mmg sedapkan..nmpk sedap n bselera jugak kwn2 tgk..gluppp...

Mas Sani said...

yg saya tahu makan dgn roti bun je hihihi tp kan kalo makan dgn kentang lecek pun mesti sedap gak yg penting tekak kita suka... tak gituw? hehehe... apa2 pun tekak sy skrg ini jadi teringin plak dah... alahaiiii kecur sudah! :)

zila norazila said...

suami zila paling suka western food..kalau ala2 melayu mmg susah dia nk makan kak..klu buat camnie..mesti laju jew habis:)

Liza said...

fuhhh, tgk pun dah tau sedap..

eyeyou said...

now da ley try kat umah..mudah saja rupanya tp en M melanda mmg xley nak wat apa..

Rozita said...

Uiiii...mesti cuba nih ! Thanks zila..