Friday, November 9, 2012

Egg Sandwiches


Salam dan Selamat Pagi...


Ohhhh sudah agak lama saya tidak masukkan entry menu untuk sarapan pagi. Maklumlah, kadang kala tidak berkesempatan dan adakalanya agak " rajin" sangat. Tetapi sebab utama ialah my husband memang jarang ambil sarapan yang berat sebelum pukul 8 pagi. Dia keluar dari rumah pukul 6.30 pagi setiap hari walaupun jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15-20 minit perjalanan. tetapi biasalah, waktu pagi jalan agak sesak.


Sebenarnya saya rebus telur malam tadi. Saya suka makan telur rebus dengan kicap.....
Since ada balance, saya simpan dalam peti sejuk, jadi pagi tadi merajinkan diri buat sandwich telur untuk sarapan pagi. Buat hanya untuk saya saja selepas menghantar my husband pergi kerja. Hantar sampai depan pintu je......



Ermmmmm nak kena letak resepi ke?

Rasa macam senang je kan. Telur rebus dilenyek, campur dengan mayonaise. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Sayur sayuran bergantung pada apa yang ada atau apa yang kita suka. Then susun ikut kesesuaian.

Senangkan....



Anda sarapan apa hari ini?





13 comments :

JaSSNaNi said...

geram tengok... apa bloger masak semua nak ikut.. semua nak.. buat sandwich pun teringin gak.. hmmm padahal minggu ni dah dok telan roti je.. isnin selasa.. makan roti tuna.. tak puas2 lagi.. camni nak kena wat gak esok..

Mas Sani said...

sy bekpes lontong..beli je hihihi

bekpes yg mudah tp sgt khasiat n akk bg mas idea utk menggelakkan pembaziran telor rebus nak2 telor org kawin kekadang smpi tak bermakan. Thanx for the recepi ye :)

kasihredha said...

Nasi lemak...Akak punya breakfast hsri ni.

Cocok biru dan pink tu cantik...
Pinggan pun suka

Qhaifa Nur said...

bekpes donut..mood makan kurang...
anak2 suka telur rebus...

SURIA AMANDA said...

wah...nampak best la sarapan mcm ni..x pe..esok cuti i nak buat..

norhanim md zain said...

sedap :)

ibundo said...

mmm tengok sandwic pun boleh telan air liur hii...

Marsita yahya said...

adusss..lapor lak plak tengok sandwich nih...

eyeyou said...

mungkin kita yg dewasa jer la mkn mcm ne..anak2 kompom buang sayur2.. dgn pic yg menarik dan sandwich da macam burger bakar bertingkat2..kompom kenyanggg!!! pewhhhh

mama sara nur said...

suker sarapan yg simple tp berkhasiat camni..
isin sampai jumaat memang tak sarapan dirumah so memang tak ada he he ank2 lglah koko crunch + susu je
tp sat & sunday mesti ada kalu nk cepat rebus telur lenyek cicah roti

cheeze maz said...

Salam ziarah, saraoan yg simple tetapi sedap, berkhasiat dan mengenyangkan. Akak dan anak2 selalu juga brsarapan dgn menu mcm ni, tapi kami cicah dengan sos cheese.

jemput ke blog akak yg x seberapa di http://cheezemaz.blogspot.com/ . Boleh nikmati keenakan serbuk CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air panas menghasilkan sos yg sesedap sos cheeze wedge di KFC. Harga pun murah, RM 10.00 shj untuk 200 gram

Amie said...

Nampak sungguh menyelerakan! Ringkas tapi berkhasiat!

Suzana Ibrahim said...

as salam hazila,saya selalu mengikuti blog hazila,harap sudi pula menjadi kawan dapur maya saya.thanks di atas segala perkongsian resepi.