Wednesday, August 5, 2009

Okonomiyaki

Hari ni lunch makan japanese food, okonomiyaki. Bukan saya yg masak ye, saya order je dan org lain yg tolong masak untuk saya. Tengahari tadi saya ke Shah Alam Mall kat Seksyen 9, terus ke Lower Ground sebab Booth yg jual ni ada kat situ. Kena tunggu 15 minit baru siap, sambil tu duduk kat kerusi yg disediakan. kat sebelah saya ada 3 org budak lelaki, mungkin belasan tahun atau baru masuk kolej.
Sambil menunggu tu saya sempat gak terdengar perbualan they all, mostly pasal girls. Apa yang membuat saya begitu asyik mendengar ialah perbualan mereka yang berkisar tentang girlfriend yang lebih tua dari mereka. Nampaknya trend lelaki muda berminat dengan wanita berusia ni bukan sekadar melanda Dunia Seleberiti tapi org org biasa.Ermmmm nampaknya saham wanita berusia makin naik lah ye..........

4 comments :

Noorhodza said...

Hazila, kat Masalam ke booth ni... hmmm selalu gak ke sana, tak pernah cuba.... yg mana satu ye, apa nama booth tuu... teringin ler pulak hehhhehe

hazila said...

Betul la tu. Lower Ground,sama dengan Chicken Rice Shop, Reject Shop.

blogresipi said...

ade jgk kes org pompuan yg sukelelaki muda tau kak... hehehe.. mcm2 yer sekarang :p

hazila said...

Macam macam org zaman sekarang. Tapi kawan akak pun ada 2 org suaminya muda 5 tahun. So far so good.