Saturday, August 29, 2009

Berbuka Puasa di KGSAAS

Malam ni tak ramai sangat org masa buffet tadi mungkin sebab cuti panjang dan ramai yg balik kampung. Kebiasaannya memang tak ramai minggu pertama puasa tapi bila dah masuk minggu kedua dan ketiga, memang ramai yang menganjurkan berbuka puasa di tempat tempat cam ni. Tadi senang dan selesa je nak ambil makanan sebab makanan lagi byk dari org. Tapi bukannya boleh makan banyak sangat pun.... Sebenarnya ada byk lagi makanan tapi tak sempat nak snap gambar sebab segan seh... Ada kambing bakar, ayam dan ikan bakar, otak otak, rojak buah, rojak mamak, segala macam kerabu, lemang, ABC, cendol dan entah apa apa lagi.

Udang Kelio

Sate Ayam dan Daging

Nasi Beriani, Tandoori Ikan, Mutton Vandalei (betul ke eja)

Beberapa jenis kerabu, ikan kering, acar buah, telur masin

Gulai Kawah, Gulai Ikan

Buah buahan, kuih muih, jeruk

Puding, buah, kuih raya pun ada

8 comments :

kucingorengemok said...

kalau depan orang mmg cam malu-malu je kan nak ambik gambar, rasa nak sorok kamera bawah tudung, hihihi

hazila said...

yelah, semalam tu saya sorang je yg dok ambik gambar. Yg lain tu tengok cam pelik je...

geraugebang said...

kita selalu suruh bang badang amik. Kadang dia layan kadang idak he he he.

kak ina kl said...

salam hazila..biasalah tu..akak pun org pernah kata..tapi pekakkan aje telinga...

hazila said...

Kak gerau,
Kalau my husband langsung tak layan.

hazila said...

Kak Ina,
WS. Kadang kala tu segan juga bila org asyik pandang je bila kita dok snap gambar. Tapi buat tak nampak je la...

watie said...

hai... tengah search pasal buffet ramadhan kat kgsaas...hehehe temasuk lak kat sini...

best x menu kat sana, saya penah gak pegi 2 tahun lepas rasanya..dah lupa dah ok ke tidak food kat sana.

hazila said...

Watie,
Ok lah juga. Tapi nak kata sedap sangat tu takdelah. Biasa biasa je.