Tuesday, August 11, 2009

Ikan Gerang Asam

Kepala Ikan Merah Masak Gerang Asam. Lebih kurang cam Asam pedas kot.

Bahan-bahan :

1 kepala ikan merah
20 tangkai cili kering
20 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sm belacan*
4 sm kunyit hidup*
2 sm lengkuas *
1 batang serai *
1 sudu besar air asam
1 liter air
175 ml minyak masak
Kacang Bendi
Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak :
1. Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan ikan, air dan asam jawa, kemudian masukkan gula dan garam.
3. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kacang bendi yang telah dipotong bahagian depan dan belakangnya. Biarkan seketika, sedia untuk dihidang.

2 comments :

blogresipi said...

Bekas baru lagik.. hehehe... cantik2 :)

hazila said...

dah lama gak cuma jarang jarang guna.