Saturday, August 1, 2009

Ubi Kayu Goreng

Teringat masa zaman Jepun dulu...... ( Amboi cik kak, patut patut le nak tulis ayat tu). hehehe....macam le saya ni pernah "merasa" zaman Jepun dulukan. Sebenarnya hari ni goreng ubi kayu buat minum petang. Dulu dulu mungkin ubi kayu ni makanan org org kampung je tapi sekarang sekilo ubi kayu ni dah mahal tau.Saya suka kuih bingka ubi kayu tapi malas betul nak buat sebab my husband tak berapa suka sangat. nanti saya yg kena habiskan, manalah larat.

Sambil kunyah ubi kayu goreng, kita minum teh dan tonton TV, sure satu pinggan dan satu teko air teh habis pun tak sedar.

4 comments :

geraugebang said...

Wah, kalau dapat ini french fries kampung, mengadap tv pulak. tak ingat mana mc D lagi dah.

hazila said...

Yelah, sedar sedar pinggan dah kosong.

blogresipi said...

Ewah kak macam french fries dah nie.. haruss yg ni lagi sedap...

hazila said...

Yang pakai gigi pelesu tu harus beringat juga sebab liat sikit sikit.