Tuesday, August 11, 2009

Salad Terung Grill

Mula mula nampak kat rumah Kak Nor, lepas tu kat rumah ijan pulak. Terasa rasa kat tekak nak makan salad terung ni. Sedap dan boleh buat lagi next time.Kak Nor, saya copy dari rumah akak ye...

2 batang terung panjang ( saya guna terung bulat)
1 biji telur ~ direbus ( saya tak letak sebab lupa)
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula ( saya guna gula somtam, lagi terangkat)
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi (saya pun guna daun ketumbar)

Gril terung hingga wangi. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

8 comments :

cahayachenta said...

haishh.. nampak sedap je kak.. nk kena cuba ni...

blogresipi said...

Sedap kan kak... memang boleh buat lagi :)

kucingorengemok said...

kih kih, daun ketumbar? kirim kan salam saya pada daun ketumbar itu, hehe

Watierman said...

Wah meriahnya dengan kehijauan...dah jangkit terung lak dah yer Zila...

hazila said...

Cahayachenta, memang sedap dan tak rugi mencuba.

hazila said...

Ijan, hehehe tergoda tengok kat rumah Kak Nor, lepas tu kat rumah Ijan pulak.

hazila said...

lee lin,
Memang bau dia kuat sikit. Tapi kalau org suka memang sedap.

hazila said...

Kak watie,
Berjangkit kak.