Monday, August 3, 2009

Akak tengah hanginnnn.........

Sekarang ni saya memang tengah hanginnnn satu badan. Sebenarnya awal bulan lepas saya tempah buat langsir. Setelah beberapa tempat saya survey, saya decided nak buat kat satu kedai ni. kebetulan dia buat promosi sempena pembukaan kedai, so agak murah berbanding kedai lain yg saya dah pergi sebelumnya. Harganya kurang RM1000 dari kedai lain, so saya pun terus confirm ( itupun setelah dapat green light dai cik abg). Lepas bayar deposit RM 700, dia janji siap pada 03/08/09.

So, last week (30/07/09) saya call just nak tanya dan confirm balik tarikh tu. Beberapa kali saya call, dia tak angkat. Of course la saya cuak juga. Kenapa tak jawab telephone? Kalau tak sempat siap, cakaplah. Boleh tunda ke tarikh lain, lagipun bukannya nak raya lagi. Beberapa kali saya call, dia masih tak angkat, saya decide pergi ke kedai dia. Tapi Owner dia takde, cuma pembantu je yg dok tunggu kedai. Bila saya tanya, dia kata OK, petang Isnin 3/8/09 kami akan datang pasang langsir rumah puan lepas kerja. So saya kata oklah.

Tadi saya call lagi nak confirm ptg nanti pukul berapa nak datang, cam biasalah owner dia tak angkat telephone lagi. So saya cuba no yg lain pulak.Kali ni pembantu dia yg jawab. Bila saya tanya pukul berapa nak datang, dia kata " Oh hari tu Majikan saya nak pasang langsir rumah puan hari Sabtu, tapi takde no telephone puan". Apalagi, berdesup darah naik ke kepala la....
Hari tu saya dah tanya, boleh tak pasang hari Sabtu atau Ahad, dia kata tak boleh.Kena ikut schedule. Lepas tu cakap takde no handphone saya pulak, cuma ada no. office. Habis tu tak reti reti ke nak telephone office?

Masa saya call cakap dengan pembantu tu, memang saya bahasakan jugalah. Apataknya, dah la tak call, lepas tu bagitau saya " Puan, hari ni tak boleh pasang, kena tunda hari Khamis ni"Saya terus letak telephone, sebab kalau lama lagi takut bahasa saya jadi begitu lemak manis lagi. Tak sampai 10 minit, boss dia telefon cakap" Minta maaflah ye, saya terlupa nak telefon"


Ha......sape tak hangin.

8 comments :

kucingorengemok said...

soalan cepumas - sebenarnya langsir tu dah siap ke belum? hehe, ada can je lom siap tu pasal byk sgt dolak dalik...

hazila said...

Yg saya geram sangat bukan pasal langsir tu siap ke belum, tapi pasal tak jawap call.Risau juga kalau lesap je RM700 tu.

Fiza Nordin said...

ahoiii mmg amat gerem klu kene cemni...sabo jek la k zila...

hazila said...

hehehe...masih boleh bersabo ni. tapi kalau tak bayar deposit tu, akak buat tak tau je....

Anonymous said...

sabar separuh dari iman

Azita Zain said...

bila baca sampai takat tokey tak angkat phone tu, k.ita ingatkan dia dah cabut dgn RM700 tu. putih mata!!! nasib baik nak pasang khamis ni. jgn lupa tayang langsir "kontroversi" nti ya...hehehe

hazila said...

Anonymous,
Sebab saya masih ada kesabaranlah yang menyebabkan saya masih menjaga bahasa saya. Saya tak marah kalau dia tak boleh siap on the dot tapi bila dia tak jawab call, saya cuak dan timbul perasaan yg tak baik. Saya terfikir mungkin dia nak tipu...
Kalau tak sempat, just let me know. That's it. Bukannya susah sangat pon.

hazila said...

Kak Ita, saya risau takut burn 700 tu je. Kalau deposit setakat 50 hengget ke, saya masih kuranglah sikit risaunya. Sebab dulu masa nak buat kitchen kabinet dah kena, burn 300. Jadi tak naklah jadi benda yang sama lagi.