Sunday, October 30, 2011

Pulut Panggang

Pulut yang belum dipanggang/bakar

Mari mari mari......
Hari ini kita makan Pulut Panggang, yang baru dipanggang panas panas....memang kaw kalau di makan bersama sama air nescafe susu yang hangat.

Yang ini pulut panggang berinti kelapa pedas, ada satu lagi pulut panggang yang berinti isi ikan. Rasanya orang di sebelah Pantai Timur yang selalu buat. Kalau diberi pilihan, saya lebih sukakan yang berintikan isi ikan tapi sebab malas nak asingkan isi ikan, jadi buat yang biasa saja.


 Pulut Panggang yang baru lepas panggang....

Saya gunakan BBQ Grill untuk membakar pulut tadi, kalau tak ada, boleh gunakan kuali leper. Kalau lagi rajin, boleh bakar guna dapur arang.

Bahan bahan

Untuk Pulut
500 gms beras pulut - cuci dan rendam semalaman atau lebih kurang 3 jam
1 cawan atau lebih santan pekat
Sedikit garam

Bahan untuk inti
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan udang kering - direndam terlebih dulu
2 cawan kelapa parut
2 batang serai
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Air secukupnya

Bahan lain
Daun pisang yang telah dilayur
Lidi / stapler
Sedikit minyak

Cara cara
1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam loyang. Campurkan santan dan sedikit garam, tuang ke dalam bekas loyang berisi beras pulut tadi sehingga menutupi beras pulut. Kukus hingga masak dan biarkan sejuk seketika.
2. Tumbuk halus serai, kunyit, bawang merah dan udang kering. Campurkan dengan cili yg telah dikisar terlebih dulu.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan kelapa parut. Gaul biar sekata, masukkan garam, gula dan sedikit air. Masak sehingga hampir kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Ambil daun pisang, letakkan pulut dan ratakan. Letak inti kelapa ke atasnya dan gulung hingga pulut menutupi inti. Stapler di bahagian hujung. Buat hingga habis.
5. Panaskan pemanggang, oleskan sedikit minyak pada pulut yg telah dibalut tadi supaya tidak melekat semasa memanggang.
6. Alihkan pulut panggang beberapa kali semasa proses memanggang supaya tidak hangus.



Pulut Panggang



7 comments :

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer...
inti kelapa pn sedap juga, nk sdp letak udang kering lbh sikit.. hehe..
kalau inti ikan tu.. kami pggil pulut lepa... lama tak buat..

nonierahman said...

sedapnya pulut panggang.nonie suka yg inti ikan walaupun cheq oghang utagha ngeee.hari tue mkn yg inti ikan kat terengganu best!

Mieza said...

sedapnyer pulut panggang ni..ni memang favorite mieza...tak der resepi ke?

hazila said...

Madiha,
betul tu, memang dipanggil pulut lepa.

hazila said...

nonie,
akak pun suka yg inti ikan tapi cik abg org utara "PURE" jadi agak susah tekak dia nak terima yg inti ikan.

hazila said...

Mieza,
Nanti saya update resepi ye.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

issyyy yg ni mmg betul2 lama x mkn
boley try buat nnt sbb beras pulut dah ada just kena beli daun pisang jer nnt....terlioq dah ni