Monday, July 12, 2010

I caught a Cold

Pix credit to google

Salam buat semua, aduhai penat berpindah belum habis lagi, tiba tiba di serang demam selsema pulak. Dari hari Jumaat lagi dah rasa hidung  dan kepala kurang selesa, tapi sebabkan nak selesaikan semua urusan secepat mungkin, semalam saya betul betul flat. Langsung tak larat nak bangun, tekak sakit sangat. Hidung ni pulak asyik berair, rasa cam nak cabut je hidung.
Dah tua tua ni bila demam dah macam budak budak pulak, mulalah teringin nak makan itu dan ini. Teringin nak makan durian la, teringin nak makan takoyaki la..... Tapi yang paling best teringin nak beli CD citer Korea.....hehehehehehe...memang demam mengada ngada.
So my husband bawa pergi beli takoyaki kat Shah Alam Mall, then dia suruh masuk kedai Speedy. Haa belilah ubat demam you tu... kih kih kih  dapat juga.

1 comment :

Deliah's Deli said...

salam zila...ni 1st time dgr ubat demam takoyaki n cd korea-Dr. mana u pg eyh..bagus tu-sure cpt skit u sihat :D