Saturday, June 30, 2012

Strawberry & Banana Smoothies


Salam dan selamat sejahtera


Sedar tak sedar dah penghujung bulan Jun. Cepat rasanya masa berlalu......
Beberapa minggu lagi kita akan mula berpuasa, saya lihat ramai yang dah mula menyediakan persiapan untuk hari raya terutama pakaian untuk anak anak. Kuih kuih raya sudah mula kelihatan, bolehlah beli dulu untuk merasa sebelum hari raya nanti. Rasa macam baru saja hari raya tahun lepas berlalu.....

Sebenarnya ada banyak plan yang saya nak buat di dapur saya. Rasanya lama juga tak buat cheese cake, dah beli semua bahan tapi asyik bertangguh saja. Cream Cheese dah 2,3 kali asyik keluar masuk peti ais. Hari ni my husband dah bersuara sebab agak lama juga oven tidak beroperasi. Katanya dah lama tak buat roti. Nampaknya kena luangkan masa bila big boss dah bersuara....



Berbalik pada entry kali ini, saya hidangkan Strawberry & Banana Smoothies. Maklumlah bila ke Cameron Highland antara barang yang mesti beli tentunya buah strawberry. Macam tak pernah jumpa buah strawberry pulak bila excited angkut banyak banyak. So apalagi sumbat semuanya masuk dalam peti ais dan buah dah mula mengecut.

Sehari dua ni mungkin akan keluar resepi berasaskan strawberry je.



STRAWBERRY & BANANA SMOOTHIES
10-15 biji buah strawberry - buang daun dan potong kecil
1 biji pisang montelyg ranum - potong kecil
1 cawan ais
3 sudu madu
2 cawan susu segar

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai.


5 comments :

sudipVSsenduk said...

sekejap je dah nak ramadhan kan...

Sedapnya smoothie kalau buat berbuka nnti, sluuuurrrrp :-P

Amie said...

Oh... inilah yang Hazila katakan nak buat tapi masuk balik peti sejuk ye... he he hh e menjadi akhirnya ye Hazila.

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Hazila
betul tu rasa cam br je kita beraya kan..dah nk puasa lg tp alhamdulillah kerana masih berpeluang berpuasa insyaallah

yummy..tumpang menikmati strawbery smoothie yg lazat ni ye

kasihredha said...

sedapnya...segar je tekak bila sedut ni tambah2 di hari panas terik...
puasa pun dah dekatkan:)

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Hazila..

Ermm..cuaca di sini skrg mmg panas jer. Sedap kalau dapat smootie ni.. Nyaman rasa tekak.

Zila, puding mangga di bawah tu pun mengancam abis.. Cantik buat dlm jar tu..