Friday, June 1, 2012

Stir Fry Chicken



Salam Jumaat....


Dan selamat berhujung minggu. Entry kali ini ialah Stir Fry Chicken, kes nak habiskan stok ayam yang saya beli untuk buat rendang ayam tempohari. Padahal hari tu cuma beli 1/2 ekor ayam saja, 3/4 buat rendang ayam dan tinggal suku + leher ayam yang dapat percuma. Maklumlah penjual ayam tu jiran sekampung....

Esok cuti umum sempena Keputeraan Yang Dipertuan Agong, so saya dan suami akan pulang ke kampung. Kebetulan adik saya dan keluarganya pun dah ada di rumah keluarga saya di kampung. Seronok juga berkumpul beramai ramai sekali sekala....


Menu yang simple, menu campak campak kata orang. Tapi alhamdulillah my husband yang tak berapa gemarkan ayam pun boleh sukakannya.

STIR FRY CHICKEN

Bahan bahan
300 gms ayam - anggaran
1 inch halia - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 labu bawang besar - dihriris nipis
Sedikit capsicum merah,hijau dan kuning - dihpotong memanjang
3 kuntum cendawan shiitake - hiris

Bahan Perap
1 sudu makan kicap pekat
Secubit garam
Secubit gula

Bahan Perasa
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit campuran tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah.

Cara cara
1. Perapkan ayam bersama sama bahan perap lebih kurang 15 minit.
2. Panaskan sedikit minyak, gorengkan ayam sebentar dan letak di dalam pinggan.
3. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi.
4. Goreng sebentar, kemudian masukkan cendawan shiitake dan biarkan seketika.
5. Masukkan bahan perasa dan potongan capsicum. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.


10 comments :

laskar pelangi said...

Nampak menyelerakan ^__^

JembalCastle said...

Assalamualaikum....bestnyer hari-hari ada jee idea nak amsak menu lain-lain ya...so tempting and tq coz rajin berkongsi resepi kat sini..

Qasey Honey said...

alahai sedapnye...menu tu tgk mcm ala2 masakan cina ekk...dh lengkap dh tu...tggl nk ngap aje tu...hihi

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

yeahhh dh ader recipe blh try nanty...bestnyer blk kg...cheq pow rindu kg jugak ni uwaaaaa

zila norazila said...

salam hazila
yg campak2 tu ler yg nampak sedap...makan dgn bubur pun sedap tue kan:)

Amie said...

Seronoknya dapat balik kampung jumpa family!
Wah! Best duduk berjiran dengan penual ayam ye Hazila he he hehh... dulu kami duduk berjiran dengan orang kebun durian, bila musim durian asyik dapat durian freeeeee

kasihredha said...

ada lagi tak?
nak ketuk pintu unk dinner boleh??

Norzie hany said...

Salam kenal Hazila.
Wahhh....sedap ni makan dengan nasi panas2.

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum wow! yang simple lah yang sedap.. lama tak goreng ayam macam ni... memang menyelerakan.. slurpp kecur sudahnya..:))

fuzidss said...

hari ni menu ni kita cuba yek