Tuesday, December 20, 2011

Pais Ikan Sambal Tempoyak Petai



Setelah agak jarang bermain main di dapur, jadi semalam start warming up apa yang patut....

Beberapa minggu lepas, ada berbual dengan kawan kawan lama di FB tentang Ikan Patin masak asam tempoyak. Pelbagai komen yang keluar, pada yang "hantu" ikan patin, masing masing menerangkan betapa sedapnya dan pada yang tak makan ikan patin, mesti memerah otak membayangkan keenakan ikan patin tu. Bagi saya yang tak makan ikan patin, masih boleh merasa keenakan asam rebus tempoyak, cuma tukarkan saja kepada ikan yang boleh diterima oleh tekak sendiri.

Memandangkan saya selalu juga memasak asam rebus tempoyak, jadi untuk menu kali ini saya masak Pais Ikan bersama sama dengan Sambal Tempoyak Petai.

Biasanya resepi ini menggunakan ikan Patin, tapi saya tukarkan kepada ikan GERUT. Sedap pada tekak saya dan rasanya saya akan buat lagi nanti....


Tempoyak yang baru saya beli semasa singgah di Hentian Bukit Gantang, Perak hari ahad lepas. Satu bekas ini berharga RM 10. Agaknya berapa lama boleh bertahan ye.....

PAIS IKAN SAMBAL TEMPOYAK PETAI

1 ekor ikan GERUT (anggaran 350 gm) - dibersihkan, kelar dan tos
5 biji cili padi
2 cm kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupnya
1 cawan biji petai - anggaran
Sedikit daun kesum
Daun pisang
Aluminium foil

Cara cara

1. Tumbuk cili padi bersama sama dengan garam,gula dan kunyit hidup hingga hancur. Gaulkan bersama sama dengan tempoyak hingga sebati.
2. Lumurkan sambal tempoyak ke seluruh badan ikan termasuk di bahagian perut.
3. Ambil aluminium foil dan lapikkan dengan daun pisang yang telah dibersihkan. Letakkan ikan yang sudah dilumurkan tadi ke atas daun pisang.
4. Taburkan dengan biji petai dan daun kesum. Bungkuskan ikan dengan aluminium foil tadi. Lipat aluminium foil supaya wap tidak dapat keluar.
5. Grill di dalam oven yang dipanaskan pada suhu 190 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
6. Sedia dinikmati dengan nasi putih hangat.



Semalam menu berasaskan petai. My better half requested nak makan Sambal Tumis Udang. Since ada balance petai, saya tambahkan sekali. Tapi sambal agak pedas sikit.

17 comments :

Gee® said...

wow!! terlior...

hazila said...

hehehehe.... kena cari tisu.

quinnie said...

memang terliur tengok pagi2 ikan pais tempoyak kak zila ni...sedapnya...suka tempoyak dan petai..:)

kzai said...

sedapnya..telan ayak lioq akak tgk pais ikan ni..

hazila said...

quinie
akak suka petai tapi tak boleh makan byk sangat.

hazila said...

kzai,

itu yg semalam saya pusing satu malaya cari resepi pais ikan sambal tempoyak.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Adoi...belum tenguk...lagi dengarnya aje air liur dah meleleh...menu pojaan hati ni...kalau nak buat susah nak cari orang tolong bakar...anta akak sikit la

lina said...

salam - Allah sedap nya...kegemaranku

Nuridah said...

Aduh sedapnya udang tu...rasa kak Nur mcm nk capai aja....buat lapar pepagi nie...kejam sungguh zila!!hahaha.

Amie said...

Assalam Hazila,
banyaknya tempoyak harga RM10 tu... terliur tengok ikan pais siap berpetai lagi...adeeehhh

Chik Mimi said...

cik kak tu telah telan ayeq lioq tengok tu ,huhuhu

Liza said...

salam zila...wowww satu balang tempoyak woooo...bak mai sikit...hihihii
terliur la tgk udg petai tu...sedappp

Ijah EmoTemo said...

aduhh terliur :/ haha

chikadakbiru said...

sedapni buat makan tengahari...ade petai yg tak tahan tuhh :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

SALAM HAZILA..TANG TEMPOYAK & PETAI NIE..MMG XTAHAN....JAP!NAK AMBIK TISUUUU

Hassan said...

Salam Sejahtera
Blog yang menarik ~~~

blogresipi.com said...

Baca akak tulis ikan patin tempoyak pun dah buat saya telan air liur. hmmmmm.... :)