Tuesday, December 27, 2011

Menu Hari Cuti.... Sup Tulang


Semalam saya cuma masak simple untuk makan tengahari....

My husband request nak makan sup tulang dengan nasi putih. Lepas tu siap pesan suruh beli bihun in case dia terasa nak makan bihun sup. Ada ke..... Tapi akhirnya tak buat pun bihun sup sebab last minute dia tukar menu pulak.

Sekarang kalau nak buat sup tulang tak perlu masa yang lama, masukkan saja dalam pressure cooker. Tak sampai 30 minit, daging dah empuk. Lepas tu boleh lah tumis bawang putih, bawang merah, halia dan masukkan rempah sup tulang yang dah sedia di pasaran. Kalau suka boleh taburkan bawang goreng dan daun sup. Senangkan kerja....


Hidangan sampingan, saya bakar sotong dan ikan tetuka. Saya hanya buat sambal kicap, boleh makan dengan sup tulang sekali.

Saya nak tunjuk gambar sotong yang saya gunakan. Ada yang menggelarnya SOTONG KATAK tapi yang ini saiznya agak besar. Tapi yang peliknya, bila dah dibakar, isinya lembut dan tidak liat.

Gambar ehsan dari Google.

5 comments :

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..sedapnya sup tulang...Saya suka makan sotong ni, betul kalau kat tempat saya, sotong ni dipanggil sotong katak...Kalau masak sambal sedap ni...isinya tebal kenyal2 tapi tak liat...tapi kalau overcoke liat jugalah...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai suka sotong tue
nmpk yummy sgt akak
sup tulang tue bikin bihun sup pow malatop gak khen

kasihredha said...

masak dalam pressure cooker dengan tulang2 sekali jd lembut kan.
Nampak best sangat sup tu....sesuai unk org demam dan selsema ni :)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Kalau ku tahu ini menunya...tak ku segan2...terus..tuju ke rumah hazila

Liza said...

sedapnyaaaa sup tulang, ikan tuka tu pun akak suka jugak cicah ngan air asam...bestnyaaa