Wednesday, December 21, 2011

Ayam Goreng Halia



Semalam masak menu yang simple saja, Ayam Goreng Halia.

Sebenarnya takde specific resepi sebab saya main agak agak saja. Ikut gerak hati dan sedap tangan sendiri saja. Lepas tu campur sekali dengan sayur sayuran yang ada dalam peti ais. Kira macam nak habiskan apa yang ada dalam peti ais tu la.

AYAM GORENG HALIA ( bersama sayur campur )

300 gms ayam - dipotong kepada saiz yg sesuai
2 cm halia - dihiris halus dan memanjang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit cili capsicum - dipotong memanjang
2 batang baby corn - dihiris menyerong
4 kuntum shiitake mushroom - dihiris nipis
Garam
2 sudu jus asam jawa
Sedikit campuran tepung ubi untuk memekatkan kuah

Cara cara

1. Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng ayam sebentar.
2. Masukkan jus asam jawa, minyak bijan dan baby corn. Masak sebentar, kemudian masukkan cili capsicum dan cendawan.
3. Perasakan dengan garam dan gula jika suka. Masukkan bancuhan tepung ubi untuk memekatkan kuah. Masak sebentar dan bolehlah diangkat.

11 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

org cina suka masak ayam gini ekkk...cihat katanyer....ayu pun suka simple jer khen

chikadakbiru said...

kite pun suke masak cenggini simple...tp berkhasiatt...

hazila said...

Yelah ayu, kat rumah akak ni kuat sangat dengan santan. Itu yg kalau boleh nak masak yg simple je.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Mak ai....baunya sampai ke Ipoh....sedap.....makan dengan nasi panas nu...

Gee® said...

ermmm...simple ayam halia mcm lauk dalam pantang... sedap tuh!

hazila said...

chikadakbiru,
akak suka yg simple cam gini tapi yg sorang lagi kurang sikit...

hazila said...

Kak Paty,
hahahaha....jauh betul bau dia pergi kan.

hazila said...

Gee,
Yelah, macam lauk dalam pantang. Nak try kurangkan santan kat rumah ni.

Chik Mimi said...

best ni kena pulak nasi suam dengan sambai belaacan konpem diet makcik lari

Liza said...

salam zila....liza pun suka lauk ni...anak2 lg la suka....sedapppp

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..ayam ni nampak menarik dan simple..boleh cuba juga ni..mint izin kopipes resipi untuk simpanan yaaaaa....