Thursday, November 19, 2009

Persimmon

Sekarang ni dah jadi buah favourite saya. Kadang kala mahal juga, sampai sebiji RM 1.60. Rasanya hari tu ada kat Giant RM 99 sen kalau tak silap. Semalam saya beli kat depan Maybank TTDI Jaya. Dulu my husband tak suka makan buah ni sebab dia cakap pelik sangat sebab namanya pisang kaki. So kalau beli saya boleh makan dengan sepuas puasnya tanpa perlu berebut dengan sesiapa. So baru baru ni saya beli, saya persuade dia untuk mencuba walaupun sikit. Mula mula dia tak mau, tapi lama lama dia rasa la sikit. Lepas tu dia cakap tak mau dah.
Last weekend saya beli, dia start minta nak makan, lepas tu saya kupas je, lesap.Kupas lagi lesap. Amboi....dah lawan tokey nampak. So, sekarang 1 untuk engkau, 2 untuk aku....

18 comments :

Kak Am said...

zila tahu, nilah jugak buah yg paling2 akak suke tau! pantang nmpk mesti beli punya. skrg ni tgh musim buah ni kan? mana2 ada.., smalam akak baru melantak buah ni 3 biji, itu pong x cukup....! sedapnya!

[s][u][e][h][a][n][n] said...

rasa apa erk..cara cite macam sedap jerkkkkkk..kna try nih...huhuhu

NJ said...

salam zila..
wa pic mcm same ek..pisang kaki ni..hehehe..ye la akak yg pestime makan pun suker..yg ari tu beli ada lg 2 biji..akak dpt hage rm10 = 8 biji...akak kecek cina tu free 1 dao jadi 9 biji la..yg sedap tu sbb dia manis dan rangup kan..tunggu ranum sikit lg sedap..manisss..

Mat Gebu said...

salam....buah ni pun sejak2 ni menjadi kegemaran saya....kat Johor ni ada kala murah, hari tu saya beli 10 biji = RM 8.00.... tapi benda2 macam ni kalau dah musim, harga boleh jadi rendah sikit....pstt..actuallykan saya baru2 ni aje pandai makan buah "pelik" ni..kesian kan aku....

Anonymous said...

Heheheh... macam2 la akak nie. Mujur 1 untuk engkau 2 untuk aku. Silap2 tak lama lagi 1 untuk engkau 2 untuk engkau. heheheh...

Alimaz-Kembara Terasing said...

jangan terkejut....saya tak pernah makan....huhuhuhu

Ernie said...

hehe berdua pun boleh berebut.. belum lagi kalau ngan anak..
sedap ke kak? tak pernah pulak makan hehe

hazila said...

Kak am,
minggu ni dah 3 kali saya beli. Makan biar sampai jemu, nanti kalau nampak pun boleh jeling jeling je...

hazila said...

Suehann,
camne nak explain erkkk. Kalau yg masak tu dia crunchy and sweet. Kalau yg dah ranum tu lagi manis dan lembut.

hazila said...

Kak NJ,
Kat satu kedai di Seksyen 13 ni dia jual 1 pc = 80 sen. Apalagi, cam org gila la memborong.

hazila said...

Mat Gebu,
hehehe....saya pun baru 3,4 tahun kenal buah ni. Dulu ingatkan sejenis buah tomato.

hazila said...

Ijan,
kalau 1 untuk engkau, 2 untuk engkau... akak angkat sepanduk la, mogok.

hazila said...

Alimaz,
ye ke? takpe nanti saya bawa buah tangan pi rumah kat Arau.

hazila said...

Erni,
Sedap dan sedap ( bagi yg suka ler). Kalau org tua tua berebut lagi teruk.

geraugebang said...

Kak gerau suka sangat buah ni. Tapi buah ni bermusim. Sekarang musim dia gaknyeer. Sebab dia dituai bila hampir-hampir musim sejuk. Agak nyeer laa. Yang rangup kita suka. krup krup makan. Tapi kalau makan banyak cirit-berit u. Mak kita kata, masa dia pi China. Kat tepi-tepi great wall melambak-lambak pokok ni. Kira macam buah jambu air la. he he he.

hazila said...

Kak Gerau,
Buah ni datang dari sebelah China, Korea dan Jepun kot kak. Biasa nampak dia mention Korean Persimmon. Tapi memang boleh sakit pert kalau terover makan.

Deeeee said...

Salam Kak..
nampak cam tomato pun ada gak,,
pas ni main2 kira2 ngan husband..
1 utk kau.. 2 utk aku..
3 utk kau.. 4 utk aku..
5 utk kau.. 6 utk aku..
7 utk kau.. 8 utk aku..
9 utk kau.. 10 utk aku..
13 utk kau.. 16 utk aku..
hahahahahahaha sanggup ke makan byk2 kak...

hazila said...

Dayah,
lepas tu pakat berebut nak masuk toilet. Sekali untuk kau, 2 kali untuk aku ler pulak....