Wednesday, November 11, 2009

Pannacota Gula Melaka



Resepi dari Yani@MyR. Saya Copy & Paste dari MyR.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2(100ml) cawan susu segar
  • 1(200ml) cawan fresh cream
  • 20g gula melaka
  • 7g gelatin powder + 1/4cwn(50ml) air
  • *Sirap*
  • 40g gula melaka
  • 1/4(50ml) cawan air

Cara-cara

  1. Masukkan susu segar, fresh cream dan gula melaka ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
  2. Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
  3. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.
  5. Untuk buat sirap pula. Masakkan gula melaka dengan 1/4 cawan air. Panas sehingga mendidih.
  6. Letakkan sirap ke atas pannacotta yang telah beku/ keras


10 comments :

AbbotCottage said...

jap jap nak amik sesudu pannacota...ermmm dap dap..kedai tu b4 pekan subang lama. Jln besar nuju ke Econsave, masuk kiri after cross junction. Jln nak masuk ke Tmn Sbg Permai ehh. Turun je bkt ada nmpk kilang blah kanan, blah kiri shoplots. Yg hat blah kiri tu, ada Restoran Puteri. Corner lot. Tak tau ler klo selera kak zila ok. Pada kita, huh, ngan lalat byk, tak betutup, alerrrrrr kurenggg ler mak nokk...Nak amik ayam, sekali tgk lalat dok men nyorok2 kat bawah kepak ayam. Ekekeke, best wooo...

Chik Mi said...

Zilaaa looks yummyyy nak nak ,makan kat cni je la nak buat penyakit misteri la hihihi

cikmanggis said...

hmmm nampak sangat sedap.Kena cuba ni!!

blogresipi said...

Nampak menarik la kak... tak perah try lagi pannacota ni...

hazila said...

Abbot,
Akak tak pernah makan kat situ. Pernah tersesat ada la....

hazila said...

Mimi,
hehehehe...meh la. Senang nak buat tu yg terbuat tu...

hazila said...

Kak CM,
Lemak lemak manis gitu..

hazila said...

Ijan,
Akak pn first time cuba....

geraugebang said...

lain macam je bunyinyeer. he he he.

hazila said...

Kak Gerau
keh keh keh...jangan ke lain ye kak.!!!