Monday, November 2, 2009

Scones

Pagi tadi saya buat scones untuk breakfast. Resepi saya ambil dari zurin@MyR. Memang senang dan sedap di makan semasa panas panas.

  • 2 cawan tepung
  • 1 tbsp baking powder
  • 1/2 tsp garam halus
  • 100g butter sejuk
  • 2 tbsp gula castor
  • 1 cawan susu segar

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan kering dgn garpu
  2. Buat lubang ditengah tepung, parut butter sejuk ke dlm tepung. Butter lagi sejuk lagi bagus.
  3. Gaul butter & tepung dengan garpu sampai butter & tepung jadi berbiji2 sedikit. Jangan uli. Nanti scone jadi padat & berat.
  4. Masukkkan susu dan gaul semua dengan garpu sampai tepung dah melekat saja. Memang doh akan rupa tak cantik.
  5. Canai doh jadi 1inci atas tmpt bertepung sedikit (takut melekat). Tekap dgn acuan. Bakar pada suhu 230C sampai atas kuning keemasan.


Scones yang dimakan dengan Homemade Strawberry jam dan butter.

No comments :