Monday, November 9, 2009

Makan Makan Hujung Minggu

Semalam, saya dan suami mencuba makanan di sebuah restoren Cina Muslim di Seksyen 19 Shah Alam. Restoren ni berdekatan dengan Hotel De Palma Inn. Dah lama nak mencuba tapi asyik ada agenda lain je. So petang semalam, my husband cakap nak cuba makanan kat sini.


Belek belek menu, banyak juga makanan yg disediakan, tapi tak tau nak mulakan dengan apa. Bila tanya my husband, apa yg dia nak makan, tiba tiba dia cakap tak nak makan pulak. Ermmmm...saya nak makan yg berat pun tak jadi pulak. So kami cuma ambil pau.


Pau BBQ Ayam. Tak serupa langsung dengan pau kari ayam. Rasa intinya sedikit pelik pada deria rasa saya.


Pau Inti Kaya. Sedap sebab kulit pau tu lembut dan gebu sangat. Kaya tu pun tak terlalu manis. My husband cakap, nanti boleh beli lagi.


Saya order soya cincau, sementara my husband order air soya biasa.


Lepas tu saya order Loh See Fun Soup, sedap juga tapi punyalah panas, bagai nak melecur lidah ni masa nak makan.



Lepas tu masa nak balik, my husband cakap nak pusing pusing cari Nasi lemak kukus sebab perutnya dah berkeroncong. End up beli nasi lemak kukus kat Seksyen 17. Nasi lemak kukus bersama puyuh goreng.

10 comments :

LOVE2COOK said...

Wow!!! bes tgk air cincau tuh! Lama dah Love tak minum! Next time kita semua ikut ya! hihi :)

cikmanggis said...

atlast kena cari nasik gak kan?hehe cm pun mesti makan nasik!kalau tak perut main lagu keroncong hehe

MeknaBlog said...

wahhhh...len kali ajak le kite skali

hazila said...

Love,
Orait, next time we'll go together. Bikin havoc sikit kat restoren tu...

hazila said...

Kak CM,
Nak buat camne kak. Perut Melayu, last cari nasi juga.

hazila said...

Mekna,
Tapi mekna kena naik bullet train la datang Shah Alam...

Noorma Ismail said...

Apa nama kedai tu, nanti nk cubalah..Zila, nasi lemak kukus kat seksyen 18 pun sedap gak (depan umah pakcik saya..he,he...) Kalo balik Syah Alam, saya mesti pegi restoren cili merah kat 18 tu, pekena laksa ngan ABC dia..best...

hazila said...

Noorma,
Oo..saya perasan ada org jual nasi lemak kat situ. Tapi semalam hujan dan agak susah nak cari parking kat situ. Saya pun biasa makan kat Res. Cili Merah tu. By the way, nama Restorn Cina Muslim tu, Mukmin kalau tak silap.

Watierman said...

Zila...akak nak ikut juga..gebusnya pau dia...

Ernie said...

seronoknya jalan-jalan cari makan yer..