Thursday, November 19, 2009

Mushroom Cream Sauce


Sos ni lebih kurang seperti white sauce yang biasa saya buat untuk dimakan dengan salmon steak dulu. Untuk resepi white sauce tu boleh refer pada resepi oleh sky@MyR. Tapi yang ini cuma ada penambahan cendawan dan beberapa bahan lain. Resepi asal boleh refer pada Simply Recipes.

Bahan bahan
  • Butter
  • 1/4 cup stock ayam ( kalau takde, ambil 1/4 cawan air panas + 1 sudu makan chicken granules)
  • 1 bawang besar, potong dadu
  • 1 cawan fresh mushroom, dihiris nipis. ( I used portabello mushroom)
  • 1 ulas bawang putih, crushed
  • 1/2 cawan sour cream / plain yogurt
  • 1/2 cawan heavy cream / whipping cream
  • Salt and pepper to taste
  • 1 sudu makan tepung gandum
Cara- cara
  • Panaskan butter, masukkan bawang besar dan biarkan hingga lembut sedikit.
  • Masukkan bawang putih dan cendawan dan masak sehingga cendawan lembut.
  • Keluarkan bawang putih, masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  • Masukkan chicken stock,plain yogurt dan cream. Gaul sebati.
  • Perlahan api, perasakan dengan garam lada putih.

2 comments :

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

petang-petang...kalau dimakan dgn roti kosong mesti teramatlah sedap..teringin nyer....anak saya suka sgt kalau mkn mushroom sauce nie..mcm susah jugakan nak buatnya(selalu tinta beli kat pizza hut je)..hihihi..

hazila said...

tinta,
Yg kat pizza hut tu mushroom soup, yg saya buat ni sauce. Tapi kalau nak makan dengan roti pun takde masalah.