Tuesday, November 10, 2009

Shepherd's Pie


Sehari dua ni tekak ni dah jadi omputih pulak. Ala tekak kita ni kategory Antarabangsa ( bukan International tapi antara bangsa. So makanan bangsa lain pun akak tolan yo), so dia boleh bertukar ikut keadaan dan masa. Jadi semalam teringin nak makan sherperd pie, jadi kenalah buat kalau dah nak makan kan..... Resepi dari Salwahcm@MyR. Saya copy paste dari MYR je.

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • #Bahan untuk Inti#
  • 250 gram Minced beef
  • 100 gram mushroom (kalau ada budget lebih sedap guna fresh mushroom jenis portabello, kalau susah button mushroom yg dalam tin pun ok)
  • 1 biji bawang besar yg kaler kuning (Potong dadu)
  • 2 sudu besar Mushroom soup (cream) brand Campbell
  • Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli.
  • #Topping#
  • Mashed potato (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai instant potato
  • Mozarella Cheese

Cara-cara

  1. Goreng bawang sampai agak layu.
  2. Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.
  3. Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering..
  4. Masukkan krim mushroom, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.
  5. Masukkan cendawan dan sayuran2an lain.
  6. Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab cream mushroom tu dah masin.
  7. Ketepikan..
  8. Letak inti dekat base loyang ke corningware ke atau bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok.
  9. Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese
  10. Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese.

11 comments :

Watierman said...

Zila yang penting ada kerajinan membuatnya....best tak??? Nak rasa sesuap boleh!! TQ yer Zila...for your support...when I was feeling blue....Akak tak jawab kat Shout Box.....will walk slowly from blog to blog....I owe you guys that much!!!Once again TQ for everything!!

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam zila....rajin laaa dia dok buat masak2 yang pakai banyak bahan nih.....kalau saya suka masak hat simple2 ja janji ada rasa.....anyway tahniah diatas kerajinan anda...susah nak cari wanita yg rajin la ni....saya la salah satu wanita yang tak rajin nih...

MekNa said...

huhuhu...dap nye la kak Hazila...buat org terliur jek.....

Azura Suhaimi said...

rajinnya kak...sedap lak tuh :)

hazila said...

Kak watie,
Sedap juga kak. Sesekali nak ubah selera. Biasalah kak, itulah gunanya kawan kawan kan kak..

hazila said...

Alimaz,
ikut mood dan keadaan juga. Kalau malas, nak masak sardin pun berat b****t.

hazila said...

Azura,
meh la rumah. Ada lagi tu....

hazila said...

Mekna,
cepat lap air liur tu. Nanti banjir pulak. hehehehe...dah la kat utara tengah banjir ni.

Chik Mimi said...

Zilaaaaaa sedap dak? dah memelih ayeq liuq ni

hazila said...

Mimi,
Sedap.... kena cubalah.

shaifulsafar said...

Hazila,

blog awak adalah antara referer yang paling banyak membawa pengunjung ke blogspot saya... tapi blogspot tu saya dah tutup atas sebab tertentu.

tq kerana jadi pengunjung dan pengomen yang aktif kat blogspot saya..... kalau sudi lepas ni jenguk2 la blog yg lagi satu tu ya... dan update link skali.

tapi kat situ tak de la cerita pasal peribadi, rumah whatever.... cerita pasal gambar je... :-D

keep in touch,
http://blog.shaifulsafar.com