Sunday, November 29, 2009

Lain Yg Di Cari, Lain yg Jumpa....


Hari Raya Haji yg pertama, kami seharian sibuk sebab kali ni buat 3 tompok. 1 tompok bahagian saya dan 2 tompok lagi untuk bapa saudara suami. Malam raya pula, bergegas pergi mengunjung di Batu 4, Kedah sebab bapa saudara sebelah arwah ayah suami saya meninggal. Pukul 12 tgh malam baru sampai balik dan pukul 2 baru tidur. Esok dah kena bangun pagi nak sembahyang raya dan bersiap untuk memasak pula. Alhamdulillah ramai yg datang, memang tak kering tangan membasuh pinggan mangkuk dan melayan tetamu sampai tak sempat nak ambil gambar pun.


Hari Sabtu pun ada kenduri Qurban di rumah sedara mara yang lain. Kalau tak pergi, tak sedap pula sebab masa kita kenduri, diorang semua datang. Tapi pergi pun cuma makan sikit je sebab byk rumah nak kena pergi dan sebab utama sebab dah MABUK DAGING. Toleh kiri dan kanan semua nampak daging. Tapi dalam sibuk sibuk tu pun sempak gak merempit pergi Jalan Jalan Cari Makan. Hari tu nampak dalam TV, ada racangan Sarapan Apa, tunjukkan Restoren Ghani 2 yg menyediakan Laksa Kuala Perlis di makan dengan Pulut Udang. Nak la rasa macam mana la makan laksa dengan pulut udang, tapi hampa sebab takde pulak menu tu. Tapi kuah laksanya memang sedap.

Sambil makan Laksa, sambil makan makan Air Batu Campur.



Masa lalu kat depan satu Motel yang bertentangan dengan Terminal Feri ke Langkawi, kami ternampak ramai sangat org berkumpul di depan pintu Motel tu. Mula mula saya ingatkan ada tangkapan KHALWAT ke, atau peragut kena tangkap. Saya pun dengan muka tak malu dan niat nak menyebok, menyelit masuk nak tengok apa yg diorang kerumun ramai ramai.


Rupa rupanya, diorang tangkap biawak yang cuba masuk ke dalam Motel tu agaknya. Tapi memang terkejut tengok biawak tu sebab besarnya dah macam buaya la pulak. Ermmmm nampaknya biawak tu kena korban la juga ye.....

4 comments :

[s][u][e][h][a][n][n] said...

puas makan daging kat kg..huhuhuhu :p

Azita Zain said...

wah! balik kg ke? perlis? terus ke langkawi tak??

hazila said...

Suehann,
Bukan setakat puas je, sampai mabuk daging la pulak.

hazila said...

Kak Azita,
Takdelah kak. Balik sekejap lagipun masa cuti sekolah barang mahal. Tambahan ada LIMA. Saya pergi Padang Besar pun terpaksa pusing balik sebab takde parking.