Monday, November 23, 2009

Minum Petang

Pukul 4 ptg tadi, rasa cam lapar je. Mungkin makan tengahari tadi awal sangat kot, saya lunch pukul 11.30 kalau tak silap. Bila dah sampai ptg mula terkial kial nak mencari makanan untuk dikunyah. Lepas tu terfikir, kalau makan laksa pun sedap juga ni. So saya keluar ke TTDI Jaya mencari laksa. Rasanya bukan org yg sama jual laksa ni kot sebab rasanya dah kureng sikit. Tapi lapar punya pasal, pejam mata, ku telan jua.

Konon kononnya nak beli laksa je, tapi mata ni rambang nampak itu dan ini. Apalagi, "terlanjur" membeli cakoi 2 ketoi dan cucur udang. Tapi tak menyesal beli cakoi tu sebab sedap sangat cicah ngan kaya perisa pandan. Cucur udang tu so so je....

4 comments :

Bitter Sweet said...

lapaq punya pasai, pejam mata ku telan jua eh :D

cakoi tu nampak sedap..tp ju suke cakoi cicah kuah kacang..nyum nyum..sedapnya

Ernie said...

CAKOI tu makan time panas-panas dalam keadaan cuaca yang sejuk memang sedap.

hazila said...

jue,
tak pernah cuba cicah kuah kacang lgi. Nanti boleh try.

hazila said...

Erni,
Memang sedap kalau makan panas panas time hujan.