Friday, November 6, 2009

Pisang Bakar Berkeju

Saya dah pernah buat dessert ni lama dulu. Resepi dari MyR, katanya antara dessert yang agak popular di negara seberang.

Bahan bahan

2 biji pisang
keju parut
susu manis
Coklat Hersheys

Cara cara
  • Belah pisang kepada 2 bahagian, Bakar di dalam oven selama 2 minit pada suhu 180 darjah celcius. ( Kalau suka pisang yg lebih garing, boleh bakar lama sedikit)
  • Tuang susu manis di atas pisang dan cantumkan kedua dua bahagian.
  • Tuangkan coklat Hersheys ke atas pisang, dan kemudian taburkan keju parut ke atasnya.
  • Sedia dinikmati.

2 comments :

blogresipi said...

Macam best ler pisang berkeju tue... ade cekelat lak meleleh leleh..fuhhh

hazila said...

Ijan,
Ini antara dessert yg boleh menambahkan inci kat pinggang...