Wednesday, November 18, 2009

Kerabu Pucuk Paku & Kerang


Lunch semalam, makan kerabu taugeh dengan daun selom. Rasa cam nak makan kerabu lagi malam tadi jadi saya singgah kedai beli apa yang patut. So terhasillah kerabu pucuk paku dengan kerang. Resepi yang saya gunakan simple saja

Bahan bahan

1 ikat pucuk paku
1/2 labu bawang besar - di hiris nipis
Sedikit sambal belacan
Jus limau
Garam dan gula
Sedikit kerisek
Isi kerang yang telah direbus

Cara cara
  • Potong pucuk paku kepada saiz yang sesuai.
  • Celur pucuk paku tadi dengan air panas seketika. Toskan.
  • Masukkan pucuk paku ke dalam bekas, campurkan dengan kerang, sambal belacan dan hirisan bawang besar. Gaul rata.
  • Perasaan dengan garam, gula dan jus limau.
  • Masukkan kerisek dan gaul semua bahan hingga mesra. Sedia untuk dihidang.

13 comments :

Sheila Shafeareen said...

salam wooo dah lama x pekena kerabu ni..meratah sdp ni....x cukup semgkuk

Watierman said...

Ya Allah Zila dah berpuluh tahun rasanya tak jumpa kerabu pucuk paku dengan kerang...kecur liur akak.....kalau dekat2 akak dah berlari pergi mintak sesudu dua....teringinnya...mana nak cari pucuk paku ni!!!...paku pakis adalah!!!

Cendana Kasih said...

sedapnyer..lama dh tak buat, sbb takde geng nk makan, orang lain kat umah ni jakun sikit ngan kerabu2 ni....

E-na Zarina said...

meleleh je la tgk...hu huuuu mana nk dpt pucuk paku kt sini...

Chik Mimi said...

salam zila alalala ciannya kena balik ye penyakit misteri mai cini nak hembuh suruh p kelain hihihi

hazila said...

Sheila,
Memang meratah je pun...

hazila said...

Kak watie,
hahahaha...pucuk paku pakis pun bolehlah kak. Tapi kalau food poisoning, tak tau ye.

hazila said...

Noorma,
Saya pun takde geng. Tapi dah teringin nak makan, saya buat je.

hazila said...

Ena,
Alahai siannya dia. Apa kata ganti ngan daun lain yg seakan akan ke...

hazila said...

Mimi,
Penyakit misteri asyik on off. Kalau ikut hati memang la malas sangat.

NJ said...

woww..yum yum sedap tu masak mcm ni..ratah jer la kalau akak..x ley makan nasi byak2 no...hehehe

hazila said...

Kak NJ,
Diet kalau makan kerabu ok kan kak? Tapi nasi tu tolak jauh jauh la ye.

Deeeee said...

Salam kak,
Alahai... tiba2 teringin nak makan kerabu kerang.. adoiii laa.. tapi boleh ke ni? kena tanya mama ni...