Wednesday, November 18, 2009

Lemon Rosemary Grilled Chicken

Malam ni dinner ala western sikit. Saya buat Lemon Rosemary Grilled Chicken. Dah ramai kawan kawan yang sudah mencuba. Saya je yang terlewat sikit. Tapi masak nasi sikit untuk cik abang sebab dia mesti nak makan nasi juga.


1/2 ekor ayam
1 biji lemon
2 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
2 tangkai fresh rosemary
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
3 biji kentang dibelah 4
1 batang lobak merah - dipotong 3 dan di belah 4
1 biji bawang besar dibelah 4
Brokoli - dicelur seketika
2 sudu serbuk Paprika
Garam dan gula secukup rasa

Cara -cara

1. Lemon direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar dan lobak merah.
5. Lumurkan semua bahagian ayam bahan yg telah ditumbuk tadi. Perapkan seketika.
6.
Cucuk lemon dengan garfu dan letakkan ayam di dalam dulang pembakar. Letakkan lemon tadi dibawah ayam.
7. Susunkan semua kentang, lobak merah dan bawang di sekeliling ayam di dalam dulang pembakar.
8. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 1 jam atau sehingga ayam masak.
9. Selah ayam masak, angkat dan hidangkan di dalam serving plate dan letakkan brokoli yg telah dicelur.
10.Boleh dinikmati dengan sos lada hitam atau sos mushroom cream seperti yang saya buat.


Lemon Rosemary Grilled Chicken with Mushroom Cream Sauce.

14 comments :

Kak Ungku Betty said...

Alamak...terasa laparlah pulak!
Esok Kak Ungku nak try masak your Rosemary Chicken ni...thanks for sharing the recipe.

blogresipi said...

Bestnye tengok rosemary chicken akak ni.. teringin nak makan lagi la... :)

kucingorengemok said...

haha, kat rumah kita pun western² ni kurang sambutan... kita ok je, yang lagi sorang tu nanti cari nasi/sambal kicap/ayam masak merah ;)

Watierman said...

Hrm jenguk nampak ayam ni rasa nak wat..tapi yg kat umah tu asyik minta..ayam masak cabai jer...tak jemu2 ke!...Dah la Akak tak makan Ayam...kalau depa jeling kat ayam ni sapa nak perabih...huhuhu...Akak telur goreng pun ok!

hazila said...

Kak Ungku,
Sedap kak, juicy gitu.

hazila said...

Ijan,
hehehe...kalau akak tau sedap, dah lama akak try, test ,cuba tau...

hazila said...

lee lin,
uihhh samalah kat rumah ni. Kalau lain sikit je mesti tak makan.

hazila said...

Kak watie,
Alahai kak, tak makan ayam ye. Tapi kena masak juga untuk org yg makan.

Chik Mi said...

zila cekcinya ayam tu hihihih ambik ko sekali penyakit misteri terbang segala menu dia mai

E-na Zarina said...

Dah sampai S.alam ayam ni...bila lak nk flight ke jopun ni...rasa lah sket...

ainrahman said...

salam,kak ..kat mane nak dapat fresh rosemary..hihi...saya budak br belajar

hazila said...

Mimi,
penyakit ni kadang kala dia mai, lepas tu dia hilang pulak...

hazila said...

E-na,
Kalau ayam ni naik flight, takt sampai Jepun tinggal tulang je...

hazila said...

Ain,
W/S. Kalau tak silap kat TESCO ada jual. Akak ada tanam kat rumah. Nak guna, petik je.